Friday 6 September 2013

PENGETAHUAN PERTAMA a.k.a FIRST KNOWLEDGE

Dengan nama Allah yg maha Pemurah lagi maha Penyanyang .. Selawat dan salam kita panjatkan kepada Nabi besar junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w dan kepada sahabat-sahabat,para mujahiddin, para syuhada, semoga ditempatkan didalam kalangan orang mukmin. Salam aleykum para pembaca yg dirahmati Allah. Semoga sihat dan menjadi org beriman dgn erti kata sebenar.

Ok. Tajuk kali ni agak ringan, tetapi memberi impak yg sangat luar biasa kepada pendengar dan pembaca. Tak kira anda seorang dewasa atau kanak-kanak kerana kita kan manusia yg pastinya belajar sesuatu yg baru setiap hari. Tajuk kita hari ini adalah 'FIRST KNOWLEDGE' atau 'PENGETAHUAN PERTAMA'.

Mungkin tajuk ini lebih khusus kepada Pendakwah, Ibu Bapa, Guru. Tetapi yg tak kawen lagi, yg bukan pendakwah juga boleh baca, sebagai pengetahuan. Pengetahuan kan ilmu. Worite! Meh bincang sikit pasai menda nih.

Saya ambil kisah Nabi Adam. Tapi saya ringkaskan. Nabi Adam dan Hawa ketika mereka disyurga, Allah berkata, makanlah apa yg kamu mahu, tetapi jgn makan buah dari pohon itu (buah pengetahuan dan buah kehidupan). Jika kamu makan, kamu akan binasa. Lalu dihasut syaitan kepada Hawa dan kedua mereka makan buah tersebut. Allah murka kepada keduanya, lalu diturunkan mereka ke dunia. Disini adalah mulanya Pengetahuan Pertama tadi. Kalau Adam Hawa tak makan buah tadi, mereka tidak mengetahui dosa dan hukuman dan juga pengetahuan (kalau nak tahu lebih lanjut, mohon kaji).

Jadi, apa yg saya nak share kat sini adalah, pengetahuan pertama adalah SANGAT PENTING. Kerana apa ? Kerana dari pengetahuan pertama inilah kita akan percaya dan agak susah kita nak buang pengetahuan pertama tadi kerana ia telah membentuk peribadi dan cara fikir kita. Contoh, anak kecil dia mengetahui ibu bapa mereka adalah Salmah dan Manap. Tapi apabila budak tu umur 3 tahun, kita cakap Siti dan Ismail adalah ibu bapa dia. Agak-agak apa reaksi dia ? Nangis ! Kerana pengetahuan pertama dia tadi, Salmah dan Manap adalah ibu bapanya. Dan membentuk cara perilaku anak tadi. Contoh lagi, semasa kecil dulu, saya diberitahu bahawa bumi berbentuk bujur. Kemudian masuk sekolah, saya diberitahu bahawa bumi itu bulat. Apa jadi ? Saya keliru dan langsung saya bangkang. Kerana pengetahuan pertama saya, bumi adalah bujur. Maka penting para pendidik, supaya memberi pengetahuan pertama dengan betul bila ditanya.

Ok. Kemudian, anak-anak kan banyak bertanya. Bila nampak benda pelik-pelik sikit, dia akan tanya. Contoh, ketika menonton tv, ada scene yg agak tak wajar ditonton oleh anak-anak, pelukan atau ciuman, bila anak-anak tanya, "mak, kenapa mereka buat macam tu?" Jangan jawab, "nanti besar awak tahu sendiri". Kemudian bila dia besar, dia kesekolah, dia tanya kawan-kawan dan mereka memberi maklumat yg salah kepadanya. Apa jadi ? Rosak anak tadi. Apa jawapan yang boleh dicadangkan ? Beritahu benda yg betul. Contonya, mereka peluk kerana sayang, seperti adik sayang mak, sayang bapak. Tapi lelaki dan perempuan tak boleh berpeluk selagi tak kawin. Memang agak tinggi pengetahuan tadi, tetapi ia automatik menyerap maklumat pertama tadi dan membentuk perilakunya. 'Oh, tak boleh peluk orang lain, boleh peluk mak bapak saja'. Kemudian dari masa kesemasa cuba utk lebih komunikasi dengannya. Jangan biarkan dia sendiri ambil maklumat yg salah dari orang luar. Bahaya. Tapi sebaiknya, jangan biarkan anak-anak menonton yg bukan-bukan. Kerana itu jugak adalah pengetahuan pertama. Mereka masih belum boleh menggunakan akal dengan sebaiknya. Tapi sebaik-baiknya usahalah sebaik mungkin utk tidak membenarkan anak-anak menonton dan dapat maklumat yg salah dari sumber luar. Kita jugak susah nak jawab kalau soalan pelik-pelik. Hehe...

Bagi kita yg dewasa yg sudah boleh menggunakan akal dengan baik, mungkin tidak banyak masalah. Tetapi perlu diingat bahawa, setiap maklumat yg baru diberitahu, perlu ditapis sebelum mempercayai dan menjadikan pengetahuan tadi sebagai perilaku. Nak tapis macam mana ? Ok. Bagi yg islam, kita kan ada petunjuk. Yg Allah dah turunkan kepada kita melalui Nabi Muhammad, iaitu Al-Quran dan Hadis. Apabila terima maklumat baru, cek Quran dan Hadis, adakah maklumat tadi bertentang dengan Quran atau tidak walaupun masuk akal. Apabila tiada keraguan, maka bolehlah digunakan pengetahuan tadi. Jika ada keraguan dan bertentang dengan Quran dan Hadis, tak kira apa alasan sekalipun, harus terus menolak pengetahuan pertama tadi. Kerana apa kita perlu cek Quran dan Hadis ? Kerana kita akan kembali kepada-Nya apabila tiba masa nanti. Jadi, apa yg kita nak buat, rujuk kembali Quran dan Hadis dan meletakkannya dihadapan. Bukan akal semata. Kan Nabi sudah pesan, ikut sunnah baginda dan jadikan Quran dan Hadis sebagai petunjuk, nescaya kita tak akan sesat selama-lamanya. Quran bukan sekadar bahan bacaan, tetapi sumber rujukan terus dari Allah. Maka tiada keraguan didalamnya.

Bagaimana nak elak perkara-perkara bahaya pengetahuan pertama ini ? Ok. Cek balik Quran dan Hadis. Apa yg perlu kita buat ? Nak kawal media ? Kawan-kawan mereka ? Tak boleh buat masa ini kerana islam tiada kuasa dalam mengelola tv dan masyarakat. Susah kan nak kawal ? Kita boleh kawal. Jalannya ? Tegakkan kembali islam ditempat yg tinggi. Tegakkan kembali Khilafah. Bagaimana khilafah mengawal media ? Ok. Kan islam dah ada negara, jadi media-media ditapis tanpa kompromi dengan hukum Allah. Jika ada sedikit saja scene yg boleh merosak minda rakyat, negara tiada kompromi dalam menolak apa saja bentuk samada iklan dan sebagainya. Dunia internet kan luas. Laman web yg tak sepatutnya pon bersepah dekat internet. Jika ada sistem khilafah, khalifah sebagai ketua negara khilafah, akan menapis segala bentuk maklumat yg masuk dalam negaranya. Khalifah adalah orang yg sangat taat Allah dan Rasul. Maka, apa-apa pun yg dia ingin lakukan, dia rujuk Quran dan Hadis dalam apa-apa perkara, dari hal individu hingga mengatur sebuah negara. Semuanya bersumber rujuk dari Quran dan Hadis tanpa ada satu pun hukum yg dibuat manusia.

Dengan itu, rakyat terpelihara dari dikenakan hukuman hudud, terpelihara dari kerosakkan dan kejahatan. Tegakkan negara dahulu, baru boleh buat hudud.(nanti kita share tentang hudud pulak ye).Bagaimana rakyat terpelihara ? Begini lebih kurang. Menurut kajian, media merupakan pengaruh kuat cara fikir kita, kelakuan kita. Cuba kalau tv sekarang, internet menayangkan hanya tayangan membina mental kearah islam sahaja. Tanpa ada satu pun yg menyalahi hukum-hakam agama. Bagaimana agaknya masyarakatnya ? Cerdas ! Kerana otaknya bersih dari perkara kotor, mungkar dan dosa. Sebab itu beribu ilmuan islam pernah lahir dalam sistem khilafah dan penemuan mereka kita gunakan seluruh dunia sampai sekarang. Kerana apa ? Kerana sistem itu sendiri. Sistem yg cemerlang melahirkan insan-insan cemerlang. Apabila sistem rosak, pengetahuan pertama tadi adalah pengetahuan rosak, bahaya ! Nampak seperti mustahil kan islam nak kawal media ? Memang nampak mustahil, tapi Allah maha merubah sesuatu. Dengan syarat, usaha dulu.

Kita lihat sekarang, bagaimana media barat mendominasi dunia, sama ada dari segi fikiran, media dan cara hidup. Kenapa kita ragu Islam boleh perintah dunia ? Buktinya ? Islam telah memerintah dunia selama 1300 tahun dan selama itu, dikenali sebagai 'golden age of islam'. Kita hanya perlu kembalikan zaman gemilang itu dengan generasi yg cemerlang mengikut Quran dan Hadis. Allah sudah turunkan wahyu yg cukup lengkap kepada kita. Gunakan. Baru boleh kawal pengetahuan pertama tadi sebagai pengetahuan yang sihat, membina, cerdas mental fizikal.

Kesimpulannya, pengetahuan pertama itu yg membentuk cara fikir dan sifat perilaku kita.Contoh, jika anak dibesarkan dilorong-lorong yg sudah biasa dengan kekerasan, maka pengetahuan pertama dia kekerasan dan itu mendorong dia utk membuat kekerasan.Ubah taraf berfikir kita. Ubah cara hidup kita dengan cara hidup islam, masyarakat islam, negara islam. Baru islam boleh menang dan terbilang. Fikir ya apa yg saya sudah bentang. Allah suka orang-orang yg berfikir tentang kebenaran dan kekuasaan-Nya. Maaf andai terdapat kekurangan kerana saya manusia yg tak lepas dari kesilapan dan dosa.

Salam aleykum w.b.t.. :)

Feminisme

Dengan nama Allah yg maha Pemurah lagi maha Penyanyang .. Selawat dan salam kita panjatkan kepada Nabi besar junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w dan kepada sahabat-sahabat,para mujahiddin, para syuhada, semoga ditempatkan didalam kalangan orang mukmin. Salam aleykum .. Salam juma'at semua .. Disebabkan kaum Adam dimasjid, saya ingin menyentuh topik 'FEMINISME'.

Sejarah faminisme bermula didunia Barat kerana wanita-wanita barat, mereka merasakan mereka tidak ada hak dan tidak diadili. Kaum adam hanya menjadikan wanita hanya sebagai pemuas nafsu, turunnya bala dan buruknya wanita dibarat adalah mereka dikatakan pembawa syaitan.

Mengikut sejarah yg diceritakan Allah dalam Quran, Hawalah menjadi punca Nabi Adam termakan buah dilarang. Dan orang-orang yahudi ini, membuat kesimpulan bahawa, perempuanlah yg menyebabkan mereka ditimpa kesusahan. Dalam agama Yahudi, kaum lelaki didorong berdoa lebih kurang begini bunyinya "Terima kasih tuhan kerana tidak menjadikan aku wanita, budak suruhan.." Betapa hinanya kaum wanita semasa itu. Dan terlalu banyak sejarah wanita kalau kita cuba rungkaikan.

Islam datang membawa rahmat, bukan hanya kepada alam, tetapi khususnya lebih kepada martabat wanita. FEMINISME  tidak wujud dinegara-negara Islam. Kerana Islam cukup memuliakan wanita. Hanya islam yg memuliakan wanita. Wanita islam tidak memprotes kerana islam menjunjung tinggi martabat wanita. Wanita islam cukup bahagia dibawah naugan islam. Malah dalam quran wujud surah utk wanita. Surah An-Nisa', surah Mariyam dan beribu hadis utk Wanita. Kerana itu, wanita islam diletakkan ditempat paling mulia. Tidak timbul soal tidak puas hati.

Berbeza keadaan dunia sekarang. Wanita kembali kezaman Jahilliyah. Meskipun masih muslim, tetapi wanita sekarang menolak utk bernaung dibawah pemerintahan islam. Kenapa saya cakap macam tu ? Kerana manusia sekarang lebih maju dan moden, lalu, hukum Al-Quran diletak tepi. Betulkan ? Kerana itu, wanita-wanita muslim sekarang semakin terima istilah Feminisme. Antaranya, Hari Wanita, Hari Ibu dan seumpanya. Matlamatnya ? Hanya ingin dunia mengiktiraf kedudukan wanita menurut Kapitalis. Kenapa saya cakap mcmtu ? Kerana mereka menolak hukum Allah dan mencari solusi menurut akal, bukan Quran dan Hadis.

Kalau dulu, wanita dijual, dibuat hamba seks, dan pelbagai penghinaan lain, tetapi dunia sekarang berbeza, malah makin teruk. Kenapa ? Kerana wanita sekarang menjual diri sendiri tanpa perlu dipaksa. Lagi teruk dari wanita zaman jahilliyah. Buktinya ? Penyanyi, pelakon, model dan pelbagai lagi pekerjaan menjual tubuh. Penyanyi dan pelakon kan menjual bakat ? Ok. Kalau gitu cuba cek Quran balik, islam membenarkan tak bersentuh-sentuhan, peluk-pelukan, menari-nari depan lelaki bukan muhrim ? Melunak-lunakkan suara depan lelaki bukan muhrim ? Adakah melanggar hukum ? Jika iya, apa pun alasannya, yg haram tetap haram.

Saat Khilafah jatuh pada 3 mac 1924, perkara pertama yg dibuat oleh Mustafa Kamal Attartuk Laknatullah adalah membebaskan wanita. Maksudnya, membebaskan wanita utk bekerja, membuka auratnya dikhalayak umum dan sebagainya. Inilah demokrasi, kebebasan. Justeru, jika perempuan islam membuka auratnya dikhalayak umum, tidak boleh berbuat apa-apa kerana negara mengamalkan kebebasan berpakaian. Demokrasi. Kerana mereka tahu, jika rosak seorang wanita, dia akan menarik 2 org kearah kerosakkan. Suaminya dan anaknya. Kerana wanita merupakan tunjang sesebuah keluarga, maka utk merosakkan masyarakat, wanita adalah jarum yg berbisa. Kerana menurut kitab, lelaki susah utk syaitan goda. Jadi mereka menggunakan wanita sebagai perosak.

Islam tidak berkuasa lagi sekarang. Islam yg mengatur kehidupan setiap individu sudah tidak berkuasa. Yg berkuasa siapa ? Kapitalis. Asasnya adalah memisahkan agama dari kehidupan. Senang cerita, Allah hanya dimasjid. Diluar masjid, Allah tidak ada peranan lagi. Ini maksud kapitalis. Kapitalis ini menjadikan Material sebagai pengukur kebahagiaan. Bukan lagi Allah sebagai pengukur kebahagiaan. Kerana ini wujudnya Kesetaraan Gender. Kerana istilah ini, lelaki dan perempuan bersaing utk mendapatkan material.

Propaganda utk kesetaraan gender ini adalah, 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah'. Ertinya, apa yg lelaki boleh buat, wanita juga boleh buat. Saya bagitahu, lelaki dan perempuan itu Allah cipta utk tugas masing-masing dan utk tugas masing-masing itu, fungsinya, rekabentuknya jugak tidak boleh sama. Wanita tugasnya dirumah, jaga anak, jaga suami dan utk tugas ini, Allah cipta Wanita sesuai dgn tugasnya. Lelaki tugasnya diluar, bekerja, stress dgn kerja dan badannya memang direka khusus utk bekerja diluar rumah.

Apa jadi jika wanita dibiar bekerja tanpa ada masa utk anak dan suami ? Kepincangan keluarga. Kerana wanita yg mendidik anak, yg menjaga suami tiada masa utk itu. Pergi kerja masa anak masih tidur, balik kerja ketika anak sudah tidur. Dimana waktu utk mendidik anak ? Ketika lelaki mengambil kamu wahai isteri, dia mengharapkan anda melayannya, menjaga pakai makannya. Itu tugas wanita. Jika wanita keluar bekerja, siapa yg bakal mendidik anak anda? Melayan suami anda? Orang gaji ? Jangan marah kalau nanti yg melayan suami jugak org gaji. Wanita yg mendidik insan utk menjadi pemimpin tiada masa utk mendidik. Anak-anak mengambil maklumat dari dunia luar. Apa jadi ? Rosak! Anak-anak yg rosak, melahirkan generasi yg rosak.

Inilah racun umat islam. Kapitalis. Dia memaksa wanita keluar bekerja demi memenuhi material tadi. Dan meninggalkan tugas wanita kepada pengasuh anak dan melayan suami. Bagaimana ? Mereka menaikkan harga barang, taraf hidup, kedudukan sebagai org yg bahagia. Justeru itu, lelaki dan perempuan berebut-rebut utk mengumpul material, bukan mengumpul Pahala. Nilai bahagia ditentukan oleh material. Tak hairan kenapa ramai sekarang baik lelaki dan wanita menjadi meterialistik. Oleh kerana wanita dibebaskan, maka timbul banyak kerosakkan seperti kes rogol, anak luar nikah, dan pelbagai kerosakkan lain. Wanita sudah tidak ada harga dimata manusia, oleh kerana itu, timbul Faminisme. Wanita memberontak utk dihargai dimata masyarakat.

Bagaimana nak buang penyakit ini ? Kita kembali kepada Quran dan Hadis. Bukan kepada Akta yg dipinda-pinda yer. Ikut hukum yg dah ditetapkan kepada kita, rujuk Al-Quran dan Hadis. Apa jalan penyelesaiannya. Apakah jalannya ? Tegakkan kembali khilafah. Kan ramai yang tidak mahu agama sekarang? Iyaa .. kerana racun kapitalis tadi mengaggap bahawa agama membataskan kreativiti. Ini terjadi dalam dunia kristian. Kerana itu mereka memisahkan agama dari kehidupan. Dalan dunia islam, semakin taat, semakin kreatif. Semakin taat, semakin bahagia. Kerana islam itu tinggi. Islam dari Allah, yg membuat akal manusia dan Allah juga mengetahui batas dan kelemahan akal ciptaan-Nya. Apa-apa yg dibuat, apabila dirujuk Quran, Allah redha. Allah pelihara. Ternyata, sistem yg digunapakai sekarang adalah sistem yg rosak. Sistem yg menindas wanita. Tugas kita, menyeru kepada semua umat utk menolak demokrasi dan kapitalis. Dan menggunapakai kembali sistem dari maha pencipta, Khilafah. Wallahua'lam. Semoga berfikir dan manfaat.

Monday 19 August 2013

ISLAM KOLOT!

Alhamdulillah, masih bernafas, masih dikurnia nikmat utk bersujud dan mengikuti aturan-Nya. Selawat dan salam kita panjatkan kepada Nabi Muhd s.a.w.

Alhamdulillah, hari ini, saat ini kita diberi kesempatan lagi utk membincangkan tentang tajuk 'ISLAM KOLOT'. Mesti ramai yg buat spekulasi tentang tajuk ini. Bagus! Kerana memang itu yg saya mahu. Mahu anda berfikir dan merenung apa yg saya cuba sampaikan. Saya mohon maaf jugak andai apa yg saya bakal bentagkan dan anda baca ada salah dan silap. Yg baik dari Allah dan yg buruk saya sendiri.

ISLAM ADALAH AGAMA KOLOT! Betul! Ini adalah tafsiran masyarakat kita sekarang. Pakai tudung labuh-labuh kolot, ada dara kolot, tidak terima konsert kolot, berfikir menurut islam kolot dan macam-macam lagilah. Kesimpulannya, ISLAM KOLOT dan KUNO. Kerana quran dari zaman nabi muhd tidak berubah ikut zaman. Hukumnya sama, nabinya sama, Allah nya sama, nama agama jugak sama dari dulu sampai sekarang, Islam. KUNO kan ?? Ya kuno ! Muslim yg mengaku benda ini dia seorang fasiq. Mengaku islam tapi tidak mahu hukum islam dikenakan kepadanya. Seperti masuk masjid tetapi bertelanjang.

Islam yg kononya kolot itulah yg memerintah dunia selama lebih kurang 1300 tahun sejak bermulanya khilafah di madinah pada tahun 622 dan hancurnya khilafah uthman di turki pada 28 Rajab 1342 (3 Mac 1924). Dan kerana agama kuno inilah yg melahirkan ramai sejarawan islam, seperti Ibn Al-Haitsam iaitu orang pertama yg menemui ilmu optik, saintis islam, Abu Abdullah Al-Battani iaitu pakar sains ilmu alam semesta,disaat barat masih hidup dalam gua. Pembedahan pertama didunia juga dibuat oleh orang islam iaitu Al-Zahrawi. Di mana kunonya agama ini? Di saat islam memerintah 2/3 dunia, lahir ramai cerdik pandai dan penemuannya kita guna sampai hari ini. Itu dari agama kuno ini, agama Islam.

Cuba bandingkan realiti dunia sekarang dengan realiti semasa zaman kecemerlangan pemerintahan islam dahulu. Umat islam sekarang jadi apa ? 'Dulu ku disanjung sekarang ku ditendang, dulu ku bahagia sekarang ku menderita'. Inilah realiti dunia islam sekarang. Sebut saja islam,terbayang terorist, miskin, pecah belah, bergaduh sesama sendiri dan sebagainya. Kalau dulu, bila sebut islam, orangnya cerdas, pintar, bijak, bersatu. Kenapa jadi macam ni perbezaannya? Sebabnya agama ini Kolot. Bila disuruh pakai tudung, tutup aurat dengan sempurna, Kolot. Padahal itu perintah allah, perintah Pencipta kita. Allah kolot ? Jaga-jaga kalau bercakap.

"Malaysia negara panas, tak perlulah pakai tutup sangat."-Ahli fesyen.

"Kolot la hang ni, pakai seluar jean pon salah. Asal aku pakai tudung pon dah kira cukup baik."-pengikut fesyen.

"Tengok tu si Midah tu, berlagak alim! Berlagak ustazah. Kolotnya cara dia pakai."-pengikut tegar dunia fesyen.

Ni mulut lidah org islam, org yg mengaku islam. Memang kolot kerana kamu sendiri yg mengkunokan islam itu sendiri. Allah perintahkan kita menutup aurat dalam suroh al-azhab,

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59).

Dalam al-quran jugak sudah
diperintahkan menutup aurat utk dikenali sebagai wanita yg baik. Ertinya, kalau tidak menutup aurat itu sudah kita ketahui sebagai tidak baik. Kerana apa? Kerana auratnya saja sudah dia bagi org lain menikmatinya dulu dari suaminya. Baik dimana? Hatinya ? Kalau org baik mesti bertudung, menutup aurat dengan sempurna. Ada sebab kenapa islam menggariskan hukum menutup aurat bagi perempuan.

1. Supaya terpelihara maruahnya. Terpelihara dari sudut apa ? Kalau kami pakai baju ketat tapi tidak berzina kan terpelihara. Macam ni cerita dia. Kamu yakin kamu tidak menaikkan syahwat lelaki dengan menampakkan susuk tubuh kamu? Kamu yakin kamu tidak akan dirogol kalau kamu pakai mcm tu? Kalau kamu yakin, kamu kuat dari Allah. Sebab apa? Sebab kamu lebih yakin diri sendiri dari yakin perintah allah. Allah itu maha Mengetahui. Dia maha mengetahui apa yg terbaik utk hambanya. Lelaki dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu. Dan lelaki akan gunakan 9 akal mereka utk melunaskan 1 nafsu mereka. Utk membendung masalah melempiaskan nafsu secara haram, allah perintahkan kepada perempuan utk menutup aurat supaya tidak terjadi kes yg tidak diingini.

2.Mudah dikenali sebagai wanita yang baik-baik. Ok. Kalau kita ternampak perempuan yg bertudung labuh, tuturnya dijaga, ketawanya sopan dan pandangannya dihadkan. Secara automatik kita akan menghormati golongan ini. Nak pandang pon malu kalau kita pakai tak cukup kain. Allah dah kurniakan ketinggian darjat kepada wanita sperti ini. Jika kita menutup aurat dengan sempurna, secara automatik kita akan malu utk meliarkan pandangan, ketawa berdekah-dekah, perangai seperti hantu, dan jugak berperangai seperti perempuan dijalan. Akan ada perasaan seperti itu. Automatik. Tapi mesti pakai dengan penuh keimanan, pakai dengan tujuan menutup aurat kerana allah. Baru terasa apa itu 'Manisnya Iman'. Tapi perlu diingat bahawa, menutup aurat itu wajib, suka atau tidak, minat atau tidak, rela atau tidak, bersedia atau tidak. Kerana mati itu wajib, suka atau tidak, minat atau tidak dan rela atau tidak mahupun bersedia atau tidak.

3. Layak dibuat ibu. Bukan layak dibuat isteri sahaja. Carilah isteri yg punya ciri calon ibu yg baik. Sebab apa? Sebab yg nak didik bakal anak-anak nanti ibu. Bukan isteri. Isteri utk suami dia. Bukan isteri utk anak-anak. Calon ibu yg baik dan solehah menggambarkan keteguhan iman dan taat kepada allah. Contoh, mana ada wanita bertutup sempurna pergi tempat hiburan yg maksiat. Yg bertutup sempurna ini membuktikan dia taat perintah allah, dia sayang ibu ayah, dia sayang saudara2 lelakinya. Tak mustahil dia juga akan taat kepada suaminya juga nanti. Ini dia sendiri tidak menurut aturan allah, inikan pula nak ikut aturan suaminya. Susah !

Apa kena mengena tutup aurat dengan kemunduran islam? Ok. Kemunduran islam salah satunya disebabkan perempuan. Gila ? Memang ini realitinya. Sebab ? Sebab islam menurunkan aturan menutup aurat kepada perempuan, menjaga pandangan, menjaga kehormatan. Apa jadi kalau benda ini tak dijaga ? Akal manusia akan rosak dan yang paling teruk rosaknya adalah anak muda kerana mereka cenderung mencuba sesuatu yg baru. Maka lahirlah anak luar nikah, rogol, cabul, zina dan pelbagai masalah sosial yg lain. Kalau ditanya, orang islam paling tinggi kes-kes ini. Hubungannya dengan kemunduran islam ? Martabat islam sendiri jatuh kerana wanita islam boleh ditayang sesuka hati, tidak ada moral, badannya dilelong. Seolah-olah wanita tidak ada harga dimata islam.

Justeru, nak jaga matabat dan maruah wanita, islam menurunkan garis panduan supaya terhindar dari masalah ini. Tak perlu menjerit terlolong jika kamu kena rogol kalau pakaian kamu yg mengundang. Islam kelihatan mundur, kerana martabat wanita diletakkan ditempat paling rendah. Hanya sekadar bahan jualan, bahan utk puaskan nafsu dan hanya sebagai pelengkap lelaki.
Perempuan bukan lagi berfungsi sebagai ibu, wanita yg tinggi martabatnya. Bila perempuan mendedahkan auratnya, bahaya menanti didepan. Rosaknya remaja dan anak-anak muda hari ini adalah kerana sistem yg digunapakai sekarang. Sistem yg tidak mengikut perintah allah dan menggunakan akal utk mentadbir manusia. Akal kita kenali sebagai alat yg terbatas. Bagaimana nak tadbir manusia kalau fikirannya jugak terbatas? Contoh, iklan. Setiap iklan yang tidak ada kena mengena dengan perempuan dan produk pon dimasukkan perempuan seperti iklan yusof taiyyob. Apa kena mengena kurma dan perempuan? Sudahlah perempuan, matanya di'make-up' bertabarruj. Tujuannya apa? Hanya satu. Untuk melariskan jualannya dan anak muda yang masih belum boleh menggunakan akal sebaiknya berfikir mengikut nafsu. Ini boleh mengundang kerosakkan akal dalam diri anak muda kerana rata-rata dalam kalangan mereka, tidak lagi bernikah dan cara utk memuaskan nafsu, rogol, zina dan 1001 cara yg lain.

Bukak aurat dihadapan umum, tidak ada masalah. Hiburan bercampur lelaki perempuan diluluskan oleh menteri yang beragama islam. Bila lelaki dan perempuan bercampur, akan mengudang maksiat, zina, percabulan dan pelbagai masalah moral yg lain. Bila kes anak luar nikah bertambah, mensyuarat, kempen, fikir bagaimana nk buat benda ni selesai. Kenapa guna akal ? Kita islam ada al-quran dan hadis. Ini nak jugak guna perlembagaan org kafir. Contoh, hukum zina bagi pelakunya adalah sebat 100 kali dalam Quran. Ikut perlembagaan, 6kali sebat. Kapitalis mengatakan bahawa sistem ciptaan Allah kejam, tak kan zina disebat 100 kali.Mencuri dipotong tangan. Allah buat begitu kerana beri pengajaran kepada manusia yang lain. Tak akan ada yang berani nak ulang. Perlembagaan sekarang langsung tidak berkesan. Malah makin meningkat. Kejam? Manusia lebih kejam. Tak kan Allah menzalimi hambanya, itu janji Allah.Adakah sistem manusia itu lebih baik dari sistem wahyu Allah? Oh sedia maklum. Turut perintah perlembagaan kafir dulu, baru turut perintah Allah.

Macam mana islam nak terpelihara kalau menutup aurat sendiri dikatakn kolot, ketinggalan zaman? Kerana peradaban islam terlihat pada perempuan. Zaman jahiliyah dulu peradabannya jatuh kerana perempuan. Saya cuma mahu anda berfikir dan kita sama-sama stress memikirkan masalah umat islam yang kian kronik dan membarah. Supaya kita sama-sama cari jalan penyelesaiannya bagaimana nk selamatkan umat muhammad ini. Kita dengan saudara islam lain adalah saudara. Jangan pentingkan diri dengan hanya berfikir utk lepas diri sendiri. Rasulullah meminta kita memilih calon isteri berdasrkan 4 ciri dan bahagialah mereka yang lebih memilih yang beragama. Selamat dunia dan akhirat insyaallah.

Sekian untuk kali ini, maaf andai tidak faham, banyak kekurangan. Apa-apa masalah/tidak faham, boleh kita bincangkan bersama. Sekian, wassalamualaykum.

Tuesday 14 February 2012

cerpen : aduhai si penghuni hati ...



Zahira.. Seorang gadis yang meletakkan syarat yang begitu tinggi bagi sesiapa yang ingin menjadikannya teman wanita mereka. Lelaki itu mestilah tinggi, kacak, berkulit cerah, berhidung mancung bak hero hindustan, tahu fesyen semasa dan berpoket tebal. Tanpa pakej tersebut, just say good bye! Tetapi dia tidaklah secantik Pretty Zinta atau secomel Selena Gomez. Wajahnya hanya paras-paras biasa. Namun sesuatu yang berlaku dalam hidupnya membuatkan dia berubah 360 darjah!


                                       ***



"Ira, bila kau nak berubah ni haa? Aku yang tak terlibat ni pulak rasa takut dengan perangai kau ni lah. Suka hati kau je kan nak mainkan perasaan orang."

"Alaa Fiqah.. Kau tak yah risau lah. Aku tahu macam mana nak handle. Lagipun kita muda lagi kot. Time to enjoy tak habis lagi. Relaks lah beb!" Zahira menekan-nekan keypad handphonenya sambil tersenyum-senyum. Dia gembira apabila umpannya mengena. 'Sabar lah badan, tak lama lagi kau akan dapat disalut dengan barangan mewah lagi.' Kebanyakkan mangsa-mangsa Zahira terdiri daripada golongan elit. Dia tidak gemarkan lelaki tua, tetapi lebih suka kepada lelaki muda.

"Suka hati kau lah Ira. Aku kasi peringatan jer kat kau. Jangan sampai lelaki yang kau mainkan tu dendam kat kau sudah. Ngeri aku!"

"Mulut kau tak de insurans ke Fiqah? Kau ni. Nanti-nanti aku berubah lar."

"Hah ye lah. Brubah masa ajal kau dah sampai. Kau dah besar panjang, kau fikir la mana baik mana buruk. Tanggungjawab aku dah lepas. Pandai-pandai kau lah." Rafiqah bangun sambil mengambil baju yang telah dilipat kemas. Zahira perlu diberi nasihat yang agak pedas fikirnya. Bukan dia tidak cuba menasihatinya secara 'manusia' tetapi makin menjadi perangai pengikis dan dilihatnya, cara Zahira berpakaian semakin tidak cikup kain. Itu yang dia kesal.

"Weyh! Kau doakan aku cepat mati ke? Tak sayang mulut eah? Suka hati aku lah nak buat ape pun. Yang kau sibuk hal aku kenapa? Kubur masing-masing. Tak payah nak jaga tepi kain aku. Kau nasihat diri kau tu dulu!" Zahira bengang! Dia tidak dapat menerima kritikkan yang dilemparkan rakan baiknya itu. Dia akui, Rafiqah memang seorang rakan yang baik, dia ibarat ibunya ketika dia sedang terkapai-kapai mencari arah hidup dan identiti diri ketika baru tiba di bandar besar ini. Hampir-hampir dia hanyut dalam kejutan budaya yang di alaminya. Hampir juga dia memutuskan untuk menamatkan pelajarannya. Namun berkat semangat dan dorongan dari Rafiqah, dia meneruskan pembelajarannya. Rafiqah sebaya dengannya, tetapi tua 5 bulan dari Zahira.

"Memang kubur masing-masing. Tapi kau kena sedar, aku dapat dosa kering sebab kau! Jadi tanggungjawab aku untuk nasihat dan ingatkan kau, kalau aku buat 'derk' jer pasal perangai kau, pakaian kau, aku sekali terheret dalam dosa kau! Aku tak nak sebab kau saham aku meningkat! Kalau saham pahala aku tak kisah, ni saham dosa. Bukan aku nak cari pasal ngan kau, tapi aku tak nak tanggung dosa yang aku tak buat. Lagi berat tu. Dosa aku pun aku tak tertanggung. Aku harap kau fikir apa yang aku cakapkan tadi. Ikut kaulah nak cakap ape pun. Aku mintak maaf ye kawan. Aku sayangkan kau Ira. Aku tak nak kau hancur." Serentak dengan itu..

DUMMMM!!!

'Astaghfirullah..' Rafiqah mengurut dadanya. Terkejut! Dia bangun melihat pintu bilik Zahira yang tertutup rapat. 'Biarkan dia sejuk dululah, nanti baru aku tegur dia.' Dia tahu, Zahira sememangnya mempunyai sikap panas baran yang kadang-kadang agak keterlaluan dan perangainya yang tidak menghormati orang lain. Pernah sekali di kedai makan, dia memaki hamun mak cik yang menghantar minuman kepadanya, hanya kerana tersalah mengambil pesanan. Rafiqah memang marah dengan kejadian tersebut. Hampir seminggu jugak dia tidak bertegur sapa dengannya. Namun dia nekad, dia akan cuba mengubah perilaku Zahira sebelum terlambat.

                                                                   *****

Zahira bersiap untuk ke kampus. Dia mengambil keputusan untuk menaiki bas sahaja. Malas dia menumpang kereta Rafiqah. Perang dingin yang dilancarkannya belum ditamatkan. Arghhh! Biarkan. Malas nak ambil pusing. Cepat-cepat dia bersiap agar tak bertembung dengan Rafiqah. Dia mengenakan skirt 'A' cut berwarna biru muda, mini t-shirt putih bersama cardigan biru muda. Dia hanya membiarkan rambutnya lepas bebas tanpa aksesori. Ringkas. Dia tiada mood untuk ke kelas sebenarnya kerana ada tarikkan lain yang lebih menarik. Amran! Mangsa dia yang terbaru. Amran ada mengajaknya keluar, tetapi dia terpaksa menolak kerana sudah dua kali dia ponteng kelas Prof Izal. Kelas Matematik Tambahan bukanlah subjek kegemarannya. Dia lebih gemar melepak bersama mangsa-mangsanya. Ketika dia menunggu bas..

"Hai.. Zahira Ain Humaira kan?" Zahira menoleh. Serta-merta perasaan jeleknya timbul melihatkan wajah pemuda itu. Hatinya panas.

"Huh? Kau siapa? Aku tak kenal. Dah lar muka penuh jerawat. Ada hati nak tegur aku. Geli lah aku tengok kau!" Ujar Zahira sambil membuat muka meluat.

Hahaha.. Terdengar gelak ketawa orang sekeliling. Syafiq menahan amarah dalam hati. Malunya bukan kepalang.

"Hey perempuan! Kau ingat kau cantik sangat ke hah?! Bontot aku lagi cantik lah! Kau jangan perasan sangat!"

Niatnya ingin mengenali Zahira dengan lebih rapat terbantut. Hatinya panas. Dahulu dia hanya meminati gadis itu dalam diam. Cakap-cakap orang tentang Zahira tidak dihiraukan. Dia sayangkan Zahira. Tetapi itu sebelum 5 minit yang lalu. Sekarang hatinya berdendam! Kau siap perempuan! Aku akan pastikan dendam aku terbalas! Kau jangan salahkan aku kalau jadi apa-apa kat kau! Syafiq berlalu dengan dendam yang membara. Mukanya merah padam menahan rasa.

"Dah kau tegur aku ape pasal? Tegur lah bontot kau tu! Dah lar hitam! Periuk belanga rumah nenek aku lagi cerah dari kau lah! Bodoh!" Zahira mengeluarkan perkataannya sesuka hati tanpa mempedulikan tanggapan orang sekeliling. Asalkan hatinya puas! Dia terdengar bisik-bisik belakang. Mungkin mengata dirinya. Pedulikan. Dia mengambil keputusan untuk menapak sahaja. Mujurlah pagi . Dia melihat jam di pergelangan tangan, ' baru pukul 8. Masih awal lagi kalau nak menapak', tingkahnya dalam hati. Ketika dia berjalan menyelusuri jalan pejalan kaki, dia dihampiri sebuah kereta Nissan Sunny. Pada mulanya, dia tidak mengesyaki apa-apa. Tetapi dia semakin pelik apabila kereta itu perlahan mengikutinya dari belakang. Dia hampir tiba ke kampus.Setibanya dia di kawasan yang agak sunyi dan berbukit, seseorang dari arah belakang menangkap dan melarikan Zahira menggunakan kereta tersebut.

"Korang sape hah? Kenapa korang culik aku? Tolonglah, aku nak balik.." Air mata mula menuruni pipi Zahira. Serta merta bayangan dia di rogol menjelma di fikiran. Sungguh dia takut keadaan itu. Matanya ditutup dan tangannya di ikat kejap menyukarkan pergerakkan dan penglihatannya. Dia tidak pasti dia dibawa ke mana. Saat itu barulah dia teringat kepada Yang Maha Esa. Hanya kepada Dia tempatnya meminta tolong.

"Baik kau diam perempuan! Kau kena terima akibat atas segala penghinaan yang kau lemparkan kepada aku! Kau tunggu. Sekejap lagi kita akan ke syurga." Haha..

Hahaha.. Yang lain turut ketawa. Zahira benar-benar takut. Berdasarkan pendengarannya, dia mengaggarkan ada lebih kurang empat orang lelaki dalam kereta itu. Di fikirannya, dia cuba mencari jalan untuk melepaskan diri.

                                                                            *****

Rafiqah berusaha menelefon Zahira. Sudah jam 10 malam. Namun dia masih tidak pulang. Hatinya gusar. 'Mana kau pergi Ira. Kau tak pernah tak balik rumah even kau marah aku. Angkat lah call aku Ira. Jangan buat aku macam ni.' Dia mendapat tahu petang tadi Zahira tidak hadir ke kelas. Pada mulanya, dia tidak mngesyaki apa-apa kerana beranggapan Zahira keluar dengan skandal-skandalnya. Namun satu perkara yang dia hormat terhadap Zahira. Setahunya Zahira cukup menjaga batas pergaulannya. Bila ditanya kenapa, dia menjawab..'Suami aku lebih layak'. Dia mengambil keputusan untuk meminta tolong Asyraf dan Amani menemaninya mencari Zahira. Lantas dia menelefon Asyraf seterusnya Amani.

"Dah dekat pukul 2 pagi ni. Kita dah pusing satu Bandar Melaka, tapi bayangnya pun tak nampak ni. Fiqah, kau cuba call dia lagi sekali. Mana tahu nasib baik dia jawab call kau." Rafiqah cuba recall Zahira. Dia hampa, panggilannya dijawab peti mel suara.

"Macam mana ni Asyraf. Aku risau. Dia tak pernah macam ni." Air mata Rafiqah mula mengalir. Sungguh dia terlalu risaukan Zahira. Hanya dia satu-satunya sahabat yang dia punya. Dari rumah anak yatim dia mengenali Zahira. Sudah terlalu arif tentang perangainya. Amani jatuh kesian dengan rakannya. Meskipun mereka tidak terlalu rapat, namun mereka masih kawannya. Dia berasa bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

"Kita buat repot ajelah. Aku tak tahu nak cari kat mana dah. Dah lewat sangat dah ni. Macam mana Fiqah?" Asyraf kebuntuan. Sememangnya dia letih.

"Tapi belum 24 jam. Boleh ke buat repot? Apa kata kita tunggu sampai pagi esok? Sakarang kita pulang dulu." Amani yang dari tadi hanya menjadi pendengar menghulurkan pendapat.

"Okey jugak tu. Tapi buat masa sekarang baik jangan hebohkan perkara ni lagi. Amani, kau teman aku boleh?" Rafiqah sudah tidak dapat menahan sebaknya. Tangisannya semakin menjadi-jadi.

                                                                             *****


"Tolong lah.. Jangan buat aku macam ni. Kalau aku ada buat salah kat korang, aku minta maaf. Maafkan aku. Aku merayu, tolong jangan apa-apakan aku." Zahira merayu sambil menangis teresak-esak. Meraih simpati walaupun dia tahu dia tak akan terlepas.

"Kalau tadi kau mintak maaf, aku tak akan buat kau macam ni lah perempuan. Kau dah malukan aku depan orang ramai! Aku tak boleh terima hinaan kau!" Balas Syafiq. Dia membuka ikatan mata Zahira. Hatinya puas."Kau kenal aku lagi tak??"

"Aa..aku...." Serta merta dia teringatkan pemuda itu. Ya! Dia yang aku hina pagi tadi. Penyesalan datang bertimpa-timpa. Dia merenung sekeliling. Nampak macam rumah tinggal kerana keadaanya agak berhabuk walaupun terdapat set bilik tidur yang lengkap. Sambil itu dia cuba mencari jalan untuk melepaskan diri.

"Hahaha.. Okeylah, aku pun tak nak cakap banyak dengan perempuan macam kau ni. Dan untuk pengetahuan kau, kau ni sebenarnya bukanlah cantik pun. Dah lah tak cantik, perangai kau pun buruk! So geng! Apa kita nak buat dengan perempuan ni?"

"Syafiq! Kita lepaskan ajelah. Aku takut. Aku tak sedap hati. Kalau pihak U dapat tahu, memang habis kita Fiq!" Salah seorang daripada rakannya bersuara. Antara akan-rakannya, dia yang paling diam, tak banyak bersuara.

"Eh Iqram! Kau kalau tak nak join kau boleh blah! Nak lepaskan dia? Kau tak tengok macam mana dia hina aku beb! Eh! Tetiba kau jadi baik ni kenapa? Buang tabiat ke?" Syafiq merenung kearah Iqram.

"Ikut suka korang lah! Aku blah dulu. Apa-apa hal korang tanggung sendiri." Iqram berlalu. Niat dihati dia ingin membantu perempuan itu. Namun separuh hatinya melarang. Dia takut akan dibelasah oleh rakan-rakannya yang lain. Hatinya menjerit. Sudahlah hari ini dia terpaksa ponteng kelas gara-gara rancangan Syafiq yang gila itu. Sungguhpun dia ikut serta dalam 'penculikkan' itu, tetapi dia tidak menjangkakan Syafiq akan bertindak seperti itu! Merogol! Dia tak sanggup. Benar-benar tak sanggup. Tahu dek babanya, mati kena belasah!

"Ikut suka kau lah. Geng! Jom kita ratah dia puas-puas. Aku rasa dia virgin lagi ni. Hahaha..." Tawanya bersambut. 'Padan muka kau perempuan! Tak sedar diri!'

"Tolonglah.. Aku merayu. Jangan apa-apakan aku. Korang nak apa, aku akan bagi. Tapi jangan buat aku macam ni." Air mata Zahira tumpah lagi. Saat ini dia betul-betul menyesal.

"Buat macam mana sayang? Macam ni eah?" Syafiq cuba mencium-cium leher Zahira.

Zahira cuba meronta melepaskan diri. Namun dia semakin lemah. Mulutnya kembali diikat. Dia tidak mampu lagi untuk menjerit. Saat itu dia hanya mampu menangis semahu-mahunya melihat satu persatu pakaiannya terlerai...

                                                                                  *****


"Zahira!!" Amani bingkas bangun. Terpisat-pisat dia melihat Rafiqah disebelahnya. Serta merta Rafiqah memeluk Amani.

"Kenapa Fiqah? Kau mimpi ape ni?" Amani risau melihatkan Rafiqah. Dia menjeling jam dinding. Sudah 6.30. Rafiqah diam, tidak menjawab dan terus menangis." Jom solat dulu. Kita sama-sama doakan tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada Zahira."

Rafiqah hanya manurut tanpa kata. Dia bermimpi Zahira menjerit meminta tolong. Dia dapat melihat Zahira yang begitu lemah dan tidak berdaya. Dia cuba menolong namun ada seseorang yang cuba menghalang. Rafiqah meraung lagi. Amani cuba menenangkan Rafiqah dengan memeluknya. Usai solat dan bermunajat kepada yang Maha Esa, Amani lantas menghubungi Asyraf. Tepat jam 8.30 pagi, ketiga-tiga mereka menaiki kereta Asyraf ke Balai Polis untuk membuat laporan.


                                                                              *****


Zahira terjaga. Dia melihat sekeliling. Berbeza! 'Kat mana aku sekarang?'. Dia haus. Cuba untuk bangun namun gagal. Badannya terasa sakit yang amat sangat. menyucuk-nyucuk. "Ya Allah! Sakitnya.." Dia bersuara perlahan. Selepas kejadian malam itu, dia sudah tak mampu mengingati apa-apa. Dia tidak sedarkan diri.

"Awak dah bangun?" Dia lantas menghampiri dan cuba membantu mendudukan Zahira.

"Jangan sentuh aku! Jangan sentuh  aku.." Bersama itu air matanya tumpah. Tubuh Zahira menggigil. Dia takut lelaki itu akan mengapa-apakan dia. "Jangan dekat!" Zahira meraung. Teresak-esak bersama tangisan.

"Bertenang Zahira. Saya Iqram. Awak tak ingat saya?" Diam. "Saya yang bawa awak ke sini. Awak kat rumah family saya sekarang, jangan risau, awak selamat." Iqram menyesal. Kenapa dia tidak menyelamatkan Zahira malam itu padahal dia tahu apa perancangan rakan-rakannya.

Zahira diam bersama linangan air mata. Fikirannya berkecamuk. Dia tidak tahu apa harus dilakukan sekarang. Bayangan lelaki-lelaki durjana itu masih dikotak fikirannya. Dia menyesal. Menyesal yang teramat sangat atas kelakuannya merendah-rendahkan orang lain. Andai masa diundur, dia tidak akan berbuat keji begitu. Dan yang paling penting sekarang, dia telah kehilangan 'mahkota' dirinya yang sebenarnya milik suaminya kelak. Zahira meraung lagi. Kali ini lebih kuat dari tadi.

Iqram yang dari tadi hanya memerhati tersentak dengan raungan Zahira. Bingkas dia bangun dari kerusi  dan lantas cuba memeluk Zahira untuk menenangkannya. Zahira makin kuat meronta dan meraung. Iqram memegang tangan Zahira bimbang sesuatu yang buruk berlaku.

"Astaghfirullah! Muhd Iqram Danial! Kau peluk anak dara orang kenapa?" Puan Rubiah terkejut melihat keadaan anak bujangnya yang berpelukkan dengan Zahira. Namun dia lebih takut melihat Zahira yang meraung-raung dan meracau-racau.

"Tapi mak, bukannya Iqi sengaja." Lantas Iqram melepaskan pelukkannya. Iqram segera keluar mencari ayahnya di kebun belakang rumah."Baba! Zahira meracau!". Termengah-mengah dia mendapatkan Encik Razali setelah hampir 15minit dia mencari babanya itu.

Setibanya di rumah, keadaan hanya sunyi sepi. Suara Zahira tidak kedengaran. Apatah lagi suara Puan Rubiah. Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, Iqram dan Encik Razali pantas meluru ke bilik Zahira.

"Syyyy.. " Puan Rubiah mengisyaratkan mereka supaya tidak bersuara. Zahira sudah tenang diatas ribanya sambil dia melurut-lurut rambut lurus Zahira. Tiada lagi raungan seperti tadi. Yang kedengaran hanyalah esakkan halus. "Zahira nak air lagi tak? Mak ambilkan ye?" Pertanyaannya disambut dengan gelengan. "Zahira tidur ye. Mak kat sini, mak temankan Zahira."

"Mak janji jangan tinggal Zahira ye. Zahira takut." Seperti anak kecil yang ketakutan, dia memandang Puan Rubiah dengan penuh pengharapan. Puan Rubiah hanya mengangguk dan senyum penuh makna kepada suami dan anak bujangnya. Jelas sekali wajah mereka dalam kekeliruan. Iqram berlalu, begitu juga Encik Razali. Sesudah menidurkan Zahira, Puan Rubiah keluar untuk menyambung kerja-kerjanya yang tertangguh sebentar tadi.

"Haa Mak! Tak sangka mak ada anak kecil lagi eh? Hehehe..." Iqram menyapa ibunya sambil mengusik nakal.

"Eh budak ni! Jangan bising lah! Nanti karang dia bangun lagi. Mak nak sambung buat kerja ni. Karang tak sempat siap pulak, marah Mak Piah kau tu." Puan Rubiah berlalu ke meja kerjanya. Dia ingin menyiapkan tempahan bunga pinang yang ditempah Mak Piah.

"Makk.. Nanti-nantilah mak sambung. Iqi nak tahu macam mana mak tenangkan Zahira tadi. Ajaib betul. Mak ada jampi apa-apa ke kat dia? Sampai dia panggil 'mak' dekat mak. Ni buat Iqi jeles nih!" Iqi menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi menghadap Puan Rubiah. Iqram tersengeh.memandang wajah Puan Rubiah.

"Eh, mana baba? Nanti mak kena ulang lagi apa yang mak cakap ni." Puan Rubiah meneruskan kerjanya tanpa memandang Iqram. Iqram bangun memanggil babanya di dapur. Dilihat babanya sedang menjerang air.

"Baba..! Mak panggil." Tanpa kata, Encik Razali menurut Iqram dari belakang.

"Hah. Kenapa maknya?" Encik Razali duduk dikerusi setelah dipelawa Iqram. Manakala Iqram menarik sebuah lagi kerusi dan duduk dikiri ibunya.

"Bukan apa. Nanti karang saya kena ulang balik apa yang saya nak cakap ni. Hehehe.. Okey lah. Nak tahu tak macam mana mak boleh tenangkan Zahira tadi?" Anggukan dari keduanya."Masa dia tengah meracau-racau tadi, mak baca ayat kursi dan selawat, mak hembuskan ke ubun-ubun dia. Kemudian mak renjiskan air ke wajahnya. Dia seperti baru tersedar dan serentak tu mak cakap kat dia, mak ada kat sisi Zahira, jangan takut lagi. Dia peluk mak. Dia cakap tadi Iqram cuba nak buat sesuatu kat dia. Sebab tu dia tambah meraung. Mak rasa dia fobia lah. Mak kesian tengok dia." Air matanya bergenang. Naluri seorang ibu menyebabkan dia berkeadaan begitu. Jarinya yang tadi lincah menggamkan keping-keping pinang pada dawai tehenti.

"Macam tu. Hebatlah mak Iqi ni kan baba. Dah lah cantik, pandai tenangkan orang yang tengah meracau macam kena rasuk, pandai mas..." Belum sempat Iqram menghabiskan ayatnya, ibunya segera menyampuk.

"Yang Iqi puji mak lebih had laju ni kenapa? Nak apa? Kalau tak, tak pernah pulak puji-puji mak ni. Eh baba! Baba tahu tak tadi Muhd Iqram Danial peluk anak dara orang?" Encik Razali segera berpaling kearah Iqram.

"Baba.. Iqi bukan sengaja. Spotan. Iqi panik, terkejut tengok Zahira tiba-tiba meraung, meracau-racau." Iqi cuba menjelaskan keadaan sebenar kepada babanya.

"Iqram.. Baba faham kalau keadaan masa tu darurat dan memerlukan Iqi bertindak pantas. Tapi baba nak ingatkan, jangan ambil kesempatan dan jangan ada niat nak ambil kesempatan. Niat saja Iqi dah dapat dosa. Iqi pun tahu kan. Dan lagi satu, baba tak nak Iqi masuk bilik Zahira kecuali kecemasan. Nak hantar makanan atau apa-apa sahaja, biar mak yang uruskan. Baba tak nak tanggung dosa dan tak nak sesuatu yang buruk terjadi antara kamu. Ingat Iqram, perempuan dan lelaki apabila berdua-duaan akan ada makhluk lain yang akan menghasut kamu kearah keburukkan. Kalau kamu sayang kami mak baba kamu, tolong ikut arahan baba dan baba harap kamu tak hampakan baba. Nanti bila Zahira dah ok sikit, mak akan temankan kamu hantar Zahira balik Melaka." Seusai itu, Encik Razali bangun menuju kearah belakang rumah. Puan Rubiah dan Iqram hanya menghantar pandangan kearah Encik Razali.


                                                                         *****

Setelah seminggu, keadaan Zahira semakin pulih. Tapi perasaan takutnya terhadap lelaki masih menebal. Iqram dan ibunya menghantar Zahira pulang ke kampus. Rafiqah telah dimaklumkan mengenai keadaan Zahira. Dia telah menarik kembali laporannya. Rafiqah gelisah menanti Zahira di depan kampus itu.

"Zahira! Ya allah! Rindunya aku kat kau.. Mana kau pergi..? Aku risaukan kau." Rafiqah meluru kearah Zahira dan memeluk erat rakannya. Rafiqah menangis teresak-esak dibahu rakannya itu. Dalam hati dia bersyukur  yang teramat sangat kepada Yang Maha Esa kerana 'mengembalikan' Zahira kepadanya." Kau ok? Kenapa pucat muka kau ni? Macam orang sakit je?"

"Assalamualaikum. Rafiqah ye? Mak Cik Rubiah, mak Iqram." Puan Rubiah menghulurkan tangan dan disambut Rafiqah lalu mengucup tangan itu. Puan Rubiah mengajak mereka ke kedai makan untuk berborak.

"Rafiqah, sebenarnya saya nak mintak maaf kat awak sebab biarkan Zahira malam tu. Saya tak tahu kenapa saya bertindak begitu. Mak dan baba saya dah tahu mengenai hal ni dan saya dah pun dihukum atas kesalahan saya 'join' diaorang culik Zahira. Tapi saya tak rogol Zahira. Malam tu saya keluar sendirian, saya tinggalkan Zahira dengan Syafiq dan kawan-kawan yang lain. Pagi esoknya saya pergi ke rumah keluarga Syafiq untuk selamatkan Zahira. Saya sampai je saya tengok Zahira tak sedarkan diri dan masa tu keadaanya sungguh mengaibkan. Masa tu saya tak sempat nak ambil pakaian dia sebab kesuntukkan masa. Saya capai selimut dan selimutkan dia kemudian terus saya bawa kerumah keluarga saya di Ipoh."

Rafiqah terkaku mendengar apa yang dikatakan Iqram. Tak sangka Zahira akan menerima hukuman yang sedemikian rupa! Kejamnya lelaki-lelaki itu! Dan Iqram! Dia merasakan Iqram bersalah kerana membiarkan Zahira tanpa pertolongan! Dia bangun. Zahira yang menangis di bahunya terkejut. Iqram juga bangun, begitu juga Puan Rubiah.

PAPP!!

"Rafiqah! Kenapa kau tampar dia? Dia dah selamatkan aku pun dah cukup baik. Dah la tu. Lagipun mak dan baba baik sangat ngan aku. Mungkin ini harga yang harus aku bayar sebab perangai aku dulu dan sekarang aku sedar, aku tak patut hukum orang sesuka hati. Aku insaf Fiqah." Zahira cuba mendapatkan kekuatan dari Puan Rubiah yang terdiam dari tadi dengan pandangan mata.

"Rafiqah.. Mak Cik minta maaf atas kelakuan anak mak cik. Dan kalau Zahira nak, mak cik akan suruh Iqram bertanggungjawab atas kesalahn dia." Iqram lantas memandang ibunya. Puan Rubiah telah merancang sesuatu dan telah diusulkan kepada suaminya dan dengan senang hati Encik Razali bersetuju atas cadangan isterinya itu. Puan Rubiah mengisyaratkan mereka duduk. " Zahira, mak nak jumpa umi Zahira boleh? Kalau boleh sebelum mak balik Ipoh lusa".

Zahira, Rafiqah dan Iqram terpinga-pinga dengan apa yang Puan Rubiah ucapkan.' Aku kena tanggungjawab apa pulak ni..? Mak jangan buat pasal.' Iqram yang tidak tahu akan perancangan ibunya garu kepala. Rafiqah dan Zahira berpandangan sesama sendiri dan Puan Rubiah hanya tersenyum.

                                                                     *****
Setahun kemudian...


"Kalau dia tak nak macam mana mak? Iqi takut lah. Mak bukan tak tahu darah gemuruh Iqi ni macam mana. Aduhh.. " Iqram menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Kamu pun dah habis belajar, dah kerja. Nak tunggu apa lagi? Kalau kamu cakap nak enjoy dulu, kamu cakap kat baba." Puan Rubiah tahu, anaknya itu tidak berani menentang babanya. Lagipun, Puan Rubiah tahu anak lelakinya suka kepada Zahira sejak pertama kali Zahira dibawa kerumah itu.  Dia dapat melihat betapa gelisahnya Iqram apabila babanya tidak membenarkan dia masuk ke bilik Zahira lagi.

'Zahira.. Kenapa susah sangat kau nak terima aku? Kan senang kalau kau terima je. Aku sayang kau tau tak.? Iqram bermonolog dalam hati. Setahun berlalu dia amat tersiksa melihat keadaan Zahira yang fobia dengan lelaki. Setiap kali dia pergi ke rumah anak yatim Limpahan Kaseh dan cuba mendekati Zahira, dia akan melarikan diri smbil menangis. Hati lelakinya meronta. Dia tidak sanggup lagi melihat keadaan Zahira. Dia ingin merencanakan sesuatu. Tetapi dia risau, nasib tidak menyebelahinya. Umi! Yes! Dia tersenyum.


                                                                           *****


"Assalamualaikum umi. Apa khabar? Berseri-seri Iqram tengok? Ada apa-apa ke ni?" Iqram menyapa Puan Nadhirah yang dilihatnya lincah menaip sesuatu pada laptopnya.

"Waalaikummussalam Iqram. Hah! Kamu tak payah nak puji umi lebih-lebih ye! Duduklah.. Lama tak datang? Ingatkan dah lupa kami kat sini.. Kenapa lambat? Cakap pukul 3 sampai. Ni dah pukul 3.30?" Iqram melabuhkan punggung diatas sofa. Puan Nadhirah membawakan dua biji cawan berisi teh 'o' panas.

"Maaflah umi. Tadi jammed. Iqram bertolak dah awal tadi. Umi.. Zahira sihat?" Wajah Iqram gusar. Dia risaukan keadaan Zahira. Kesibukan dia menguruskan kedai makan milik babanya membataskan dia untuk selalu ke sini. Sudah hampir sebulan dia tidak jenguk Zahira. Apabila telefon Zahira selalu mengelak. Hatinya tak mampu lagi menahan rindu membawanya ke sini hari ini.

"Zahira umi tengok dah semakin baik. Dia rajin jalani ujian psikologi. Tapi tu lah, umi dan adik-adik dia dah hilang seorang kakak yang periang dan suka layan kerenah diaorang. Oh ya! Zahira ada cakap kat umi. Dia sedih sangat dengan keadaan diri dia sekarang. Dia cakap lagi, tak da lelaki yang inginkan perempuan yang dah rosak macam dia. Masa tu lah umi cakap kat dia yang Iqram sayangkan Zahira dan ingin memperisterikan Zahira. Dan...." Umi Nadhirah sengaja memberhentikan patah katanya kerana ingin melihat reaksi Iqram. Sengaja dia memasamkan wajahnya. Hatinya tersenyum.

"Dan? Dan apa umi? Cepatlah cakap umi. Wajah umi masam. Mesti dia tak nak kan?  Eh.. Mana umi tahu pasal ni? Iqram tak pernah cerita pun dekat umi?" Kening Iqram bertaut. Cuba mengingat andai dia ada terlepas cakap. Tapi seingatnya tiada.

"Hehehe.. Cepat gabra lah kamu ni Iqram. 2 minggu lepas mak kamu ada datang merisik Zahira. Datang dengan baba kamu. Mak kamu dah tanya kepada tuan punya badan dan dia macam setuju se..." Belum sempat Puan Nadhirah menyudahkan kata-katanya, Iqram telah berlalu pergi. "Eh Iqram! Umi belum habis cakap lagi! Kamu nak kemana tu?"

"Maaf umi! Iqram nak cari Zahira! Sayang umi!" Tergopoh-gopoh Iqram berlari anak keluar. Puan Nadhirah hanya menggeleng. Namun dia tersenyum.'Ya Allah Ya Tuhanku, kau satukanlah mereka dalam rahmatMu.'

"Zahira!" Zahira yang ketika itu sedang memotong sayur terperanjat dan mata pisau itu menghiris hujung jarinya. Iqram hanya mampu beristighfar melihatkan keadaan Zahira. sungguhpun lukanya tidak serius, rasa bersalah tetap bermain di minda. Dia yang telah menyebabkan jari Zahira terluka. segera diambilnya first aid kit dan membalut luka itu.

"Maafkan saya. Saya tak patut menjerit macam tu. Mungkin sebab saya terlalu gembira dapat jumpa awak. Saya rindu lah kat awak." Iqram tersenyum sendiri kerana berjaya melepaskan apa yang terjeruk dalam hati. Zahira malu-malu.'Alahai mamat ni. Poyo lah, dah lah buat aku lemah semangat tadi, boleh buat lawak pulak'. Namun hati Zahira berbunga. Dan dia amat bersyukur kerana berjaya mengatasi rasa takutnya terhadap lelaki. Selama setahun dia cuba mencari kekuatan itu. Berkat doa-doa orang tersayang, dia kini pulih sepenuhnya.

"Eh, awak datang dengan siapa? Siapa yang jaga kedai? Mak dengan baba tak datang ke? Saya rindu lah kat masakan mak. Nanti awak balik kirim salam kat diaorang eh." Zahira cuba menutup getar dalam hati.

"Makk oi! Nak jawab yang mana satu dulu eh? Banyaknya soalan. Tapi saya nak jawab yang rindu tu dulu boleh? Ok. Kalau awak nak makan masakkan mak tiap-tiap hari.. Awak kena ikut saya balik Ipoh. Nak tak? Dan.. Kalau awak ikut saya, saya tak akan lepaskan awak balik sini lagi dah. Amacam? Ada bran? Hehehe.." Ujar Iqram sambil mengangkat-ngangkat keningnya. Ketawa mereka pecah. Iqram tersentak melihat tawa Zahira. 'Comel!' Sepanjang dia mengenali Zahira, dia tidak pernah melihat Zahira ketawa. Hatinya bahagia. Sangat bahagia.


                                                                                    *****


"Alhamdulillah. Anak umi dah nak kawin dah. Umi bersyukur sangat, Allah dengar doa umi selama ni. Cantik sangat anak dara umi seorang ni. Nanti dah jadi isteri, jangan nakal-nakal tau. Ingat umi dan adik-adik." Puan Nadhirah dan Zahira berpelukan. Suasana sebak mencengkam hati masing-masing. Air mata Zahira tumpah. Dia akan 'berpisah' dengan 'keluarga'  tersayang. Hanya penghuni-penghuni rumah anak yatim itulah satu-satunya keluarga yang dia punya.

"Umi jangan risau. Zahira akan selalu jenguk umi dan adik-adik. Umi, terima kasih sebab jaga Zahira dengan penuh kasih sayang selama 24 tahun ni." Namun jauh disudut hati, dia agak terasa dengan perkataan dara yang baru diucap uminya. Dia sudah kehilangan maruah dirinya. Dan dia sangat takut andai di kemudian hari, Iqram akan menyalahkannya atas segala yang terjadi. Namu hatinya tekad memilih Iqram sebagai pembimbingnya. Rafiqah pula sibuk membetulkan makeup Zahira akibat limpahan air matanya tadi.

"Aku terima nikahnya Zahira Ain Humira Binti Muhammad Kader dengan mas kahwinnya sebanyak Ringgit Malaysia..." Sah! Dia kini memegang tanggungjawab sebagai seorang suami kepada gadis yang dicintainya. Zahira dilihatnya masih dimeja solek. Malam ini merupakan malam pertama mereka. Mungkin dia masih malu, fikirnya.

"Ermmm.. Awak.. Boleh tak saya tidur kat katil, awak tidur kat sofa tu?" Iqram yang sedang berangankan sesuatu tersentak dengan pertanyaan Zahira.

"Kenapa pulak macam tu? Saya.. Eh bukan! Abang kan suami Ira. Tak baik tau suami isteri tidur asing-asing. Malaikat laknat dari malam sampai Ira mohon maaf dari abang. Ira nak ke kena laknat dengan malaikat? Eii.. Abang takut. Lagipun kat rumah ni abang pernah nampak sesuatu yang menakutkan tau." iqram sengaja mengusik Zahira.

Meaowwwww....!!

"Makkkk... !!" Suara Zahira nyaring memecah malam sunyi. Segera dia melompat kearah Iqram dan tanpa sedar dia memeluk Iqram dengan erat. Iqram ketawa namun dia mengawal ton suaranya. Zahira segera melepaskan pelukkannya setelah menyedari dia berpelukkan dengan Iqram.

Tok Tok Tok!

"Iqram? Zahira? Kenapa?" Suara Puan Rubiah terdengar dibalik daun pintu.

"Err.. Tak ada apa-apa mak. Zahira terkejut ada kucing menjerit." Iqram yang tidak dapat menahan tawa ketawa berdekah-dekah dibawah bantal. Zahira termalu sendiri. Dia bangun dan menuju ke jendela yang sengaja dibuka. Iqram datang dan cuba memeluk tubuh langsing Zahira. Namun perbuatan Iqram telah menyebabkan perasaan takutnya kembali. Tubuhnya bergetar.

"Zahira? Kenapa ni? Are you alright? Hey! You're shaking." Iqram cuba menengkan Zahira. Zahira panik. Dia takut dan terbayangkan malam hitam itu. Tapi dia harus kuat melawan perasaan takutnya itu.

"Sss... Ssaya ttakut.." Air matanya mula jatuh. "Jjangan pe..peluk ssaya." Iqram cuba membelai rambut ikal Zahira dengan penuh kasih sayang. Dia ingin menolong Zahira mengatasi katakutannya. Dia harus berusaha.

"Syyhhh... Sayang.. Abang akan jaga Ira dan tak akan benarkan sesiapa lagi dekati Ira. Ira hanya milik abang seorang. Jangan takut k? Ira cuba pelahan-lahan mengatasi perasaan takut Ira dan abang tak akan paksa Ira. Boleh?" Zahira hanya mengangguk. Iqram cuba memeluk Zahira buat kali kedua. Walaupun Zahira sedikit meronta tetapi Iqram tidak mempedulikannya.

Angin malam menyerbu masuk ke kamar mereka. Dingin dan nyaman terasa. Mereka masih di jendela itu. Membuai perasaan masing-masing dan cuba mengenali hati budi sesama mereka.

"Abang.. Syafiq and the gang macam mana? Polis tak jumpa diaorang lagi ke?" Zahira yang berada dalam pelukan suaminya terasa selesa dan selamat. Dia berjaya melawan rasa takutnya. Setelah hampir 1 jam mereka berdiri di jendela, Iqram menarik Zahira ke katil.

"Oh ya! Abang lupa nak cakap. Diaorang dah kena tangkap. Hampir 6 bulan yang lalu. Saja kitaorang rahsiakan dari Zahira takut-takut Ira menjerit dengar nama dia." Iqram cuba menarik Zahira supaya bersandar dibahunya. Kali ini dia tidak menolak meskipun agak 'keras' pergerakkannya.

"Ohh..", Serentak dengan itu Iqram menutup lampu dan menarik Zahira kedalam pelukannya. Sempat Iqram berdoa dalam hati supaya rumah tangga yang dibina diberkati oleh-Nya.




                                                           ~tAmAt~


nak komen dari anda boleh ?? untuk saya baiki lagi hasil karya saya yang akan datang. :) terima kasih sebab sudi baca karya saya yang 'pendek' ni. And kalau ada sokongan, saya nak cuba buat novel pulak. Apa kata anda ?? :)

Monday 19 December 2011

Cerpen : Jom Couple ??

" Terima kasih uncle. Nanti datang ambil Nina pukul 5 sebab Nina ada kelas kokurikulum. Jangan lupa bagi tahu mama yer. Nanti dia risau pulak. " Nina melangkah keluar dari kereta.

" Okey. Nanti uncle beritahu mama. "

****

KRINGGGGGGG .... !!!

" Nina!! Hiashh.. Lajunya mak nenek ni jalan. Tak nyempat!! " Eh , mak nenek jalan laju ker ? Ntah, mungkin ya, mungkin tidak. hehe..

" Hah.. Padan la. Yang kau tu jalan macam itik pulang petang siapa suruh. Perut aku menggelegak lapar dah. Jom." Buruk kan? Tapi ni la aku. hehe.. pantang pasal makan laju jer. Tapi yang aku heran badan aku keding , tak besar-besar jugak. Terbantut ke apa aku tak tahu.

" Nak makan apa hari ni eh ? Tak nak dah aku makan mee goreng kegemaran kau tu. Naik muak dah aku. Kita try bihun sup pulak okey tak Shila? Aku belanja kau hari ni. Kau carikan tempat eah. "

Aku menghayunkan langkah menuju ke kaunter jualan bihun sup. Waktu rehat begini memang ramai budak-budak yang turun mengisi perut. Berasak-asak di kantin untuk mengeyangkan perut masing-masing. Sudah berkali-kali di ingatkan supaya beratur. Tetapi adat, budak-budak memang agak susah mengikut arahan. Termasuklah aku. Dah aku belikan dua mangkuk bihun sup, aku ingin keluar untuk ke tempat dimana Shila menungguku. Sedang mataku melilau mencari kelibat Shila..

Pranggggg!!

" Makkkk !! Panasnya ! Woi minah ! Kau buta ke apa?? Kau tak nampak ke sebesar orang kat depan kau ni hah!! Sakit kau tau tak! "

" Kau tak boleh ke cakap elok-elok? Aku bukan sengaja! Ni! Tudung 'n' baju aku ni bau belacan sebab kuah laksa kau tu! Panas jugak! Tapi aku tak memekik melolong macam kau lah badak! " Aduh! Sudah lah aku tengah lapar. Breakfast tadi pun aku tak sempat makan. Berlanggar pulak dengan babun ni. Sakitnya hati!

" Padan muka kau! Lain kali mata kau tinggal jer kat rumah, tak payah bawak sebab ada mata pun kau masih tak gunakan. Malang betul nasib aku."

" Memang nasib kau malang! Sekali dengan aku terkena penyakit malang kau tu! "

Belum sempat mamat tu bukak mulut, Shila datang dan menarik aku pergi dari situasi panas itu. Mana tidaknya, pertengkaran aku dengan mamat tu menarik perhatian semua murid. Lebih menarik dari makanan-makanan yang ada di kantin hari itu. Aku ingat nak minta maaf dari budak lelaki tu, tapi dia dah malukan aku, lantak dia lah, malas aku nak cakap apa. Lagipun aku budak baru kat sekolah ni. Tak kan aku nak buat hal pulak kan. Tak pasal-pasal karang aku kena ke bilik kaunseling ke, mak bapak aku kena jemput ke sekolah ke. Lagi malu. Baik aku diamkan jer. Yedak... :) Hari tu memang sia-sia aku bertungkus lumus berasak untuk membeli bihun sup. Dah la perut tengah menggigil. Tapi nak buat macam mana. Dah bukan razeki aku. Sabar je lah kan..

" Heh! Yang kau gi marah si Rizky tu kenapa? Aku tak tahulah nasib kau lepas ni.Mesti si Laila gedik tu akan cari dan susahkan kau. "

Nak tahu sebab apa? Sebab aku dah cari pasal dengan pakwe dia tu. Dulu sebelum aku masuk sekolah ni, ada sorang budak perempuan pindah sekolah sebab tak tahan dengan perangai Laila tu. Nak tahu apa salah budak perempuan tu? Sebab dia minat si Rizky tu hah. Laila dapat tahu, mengamuk dia. Arhhh.. Kira apa aku. Apa dia ingat sekolah tu dia yang punya ker. Tak ada undang-undang. Lagi satu aku dapat tahu bahawa si Rizky tu buaya darat. Semua perempuan dia nak rembat. Aku dapat tahu jugak bahawa Laila tu sebenarnya suka membuli junior-juniornya. Siapa yang dirasakan tak suka, dia akan membuat sesuatu kepada manusia itu. Oleh sebab itu tiada siapa yang berani menentangnya.
****
Beberapa hari selepas kejadian..

" Sapa Nina? " Kelas yang huru-hara kembali senyap bagai malaikat lalu. Aku yang tekun menyiapkan kerja sekolah Matematik turut panggung kepala. Kenapa semua diam?

" Sapa Nina? " Di ulang untuk kali ke dua. Dengan penuh keyakinan aku berjalan ke hadapan kelas dan mengakui aku adalah Nurinna Farhah a.k.a Nina. Aku mendapat pesanan ada orang ingin bersemuka dengan ku di dewan sekolah selepas waktu persekolahan tamat. Dan aku menerima pesanan tersebut. Mesti si Laila seperti yang diberitahu Shila tempoh hari. Shila yang menunggu aku sampai ke tempat duduk aku hanya membuat isyarat tanya mengapa. Aku tidak menjawab persoalan itu sebaliknya meneruskan kerjaku yang tertangguh tadi.  Hanya beberapa minit sahaja lagi loceng menandakan waktu persekolahan akan berakhir. Kelihatan semua pelajar siap sedia berkemas untuk pulang. Termasuk aku dan Shila. Aku akan mengheret Shila supaya turut bersamaku dalam pertemuan entah dengan siapa. Bukan apa, untuk keselamatan jugak. Sesampainya di dewan yang dimaksudkan, aku lihat beberapa orang lelaki dan salah seorangnya adalah Rizky! Ya Tuhanku.. Dia nak balas dendam kat aku ke? Terasa menyesal pulak datang sini.

" Hai Nurrina Farhah a.k.a Nina! Kenapa lambat sayang..? Jalan jammed eah? Hahaha.." Serentak dengan itu konco-konconya tertawakan lawak yang tak lawak sebenarnya.

" Okey. Straight to the point. Ape yang korang nak sebenarnya? Sampai suruh aku datang kat sini bagai. Aku nak cepat. Ringkaskan saja. Aku tak ada masa nak dengar cakap panjang-panjang." Wah! Beraninya aku! Shila yang sebelah aku diam tak terkutik. Takut agaknya. Dia hanya berani memandang aku dan  menyiku aku.

" Sayang.. Ape U buat kat sini ? Ehh! Nina pun ade? Aku dengar kau dah kotorkan reputasi Rizky. Betul ke? Aku baru ingat nak cari kau. Tapi kau dah suka rela datang kepada aku. Bagusnya kau! Sayang, apa U nak buat dengan budak tak cukup umur ni? Biar I tolong U. Budak tak cukup umur ni memang perlu diajar. Kalau tak dia naik minyak." Ewahhh.. ! Panjang kot mukadimah dia. Dengan ber'I' ,ber'U', Sayang-sayang lagi. Sumpah perempuan ni memang gedik. Bertempek-tempek kat dada Rizky. Geli aku tengok. Nak muntah pun ade. Baru 17 tahun dah miang bagai. Sempat aku kutuk dia dalam hati.

" U buat ape kat sini Laila? I nak settlekan masalah dengan perempuan ni dulu. U balik dulu boleh tak? Nanti I pergi rumah U."

" Alaaa.. U ni. I rindu U la. Okey lar, I balik dulu. Tapi jangan lupa datang rumah I petang nanti tau. I tunggu. Nanti I beritahu mummy I suruh masak sedap-sedap untuk U. Bye sayang. See you. Jangan nakal-nakal tau. Kau jangan nak cuba-cuba pikat dia pulak. Kalau aku tahu kau siap!" Wohooo.. Sempat lagi dia warning aku tu! Tapi sorry beb! Aku tak gentar. Pandangan mata aku, dia tak lah tinggi sangat. Badan pun kecil je. Macam orang terbantut tumbesaran pun iye jugak. Hihihi..

" Nina.. Aku nak kau minta maaf dengan aku sekarang. Sampai aku cakap aku maafkan kau baru aku benarkan kau keluar. Kalau kau degil jugak, kau akan malu sampai bila-bila. Cepat! Sekarang!"

" Okey! Aku minta maaf. Puas hati kau?"

" Kau kena rayu aku maafkan kau. Lagipun kau jangan ingat aku akn lepaskan kau sebab kau cantik. Aku sikit pun tak akan tergoda dengan kecantikan kau tu." Ya Rabbi.. Punya la perasan mamat ni. Aku mengaku dia memang kacak. Berkulit cerah dan mungkin itu adalah aset untuknya memainkan hati perempuan yang meminatinya. Tapi bukan aku.

" Aku mintak maaf la eah. Aku tak terniat untuk malukan kau, langgar kau hari tu. Memang  salah aku dan memang aku tak nampak kau. Sorry la eahh?? " wallaweyhh.. muntah aku dengar ayat permintaan maaf aku tu. Aku pandang Shila. Seperti tidak percaya dengan apa yang aku tuturkan. Sebab setahu Shila, aku memang seorang yang tak pernah cakap selunak tu. Heheh..

"  Hahaha.. Okey. Disebabkan kau cantik, aku maafkan kau. Kau boleh blah dari sini. "

****

Salam Perkenalan. Harap awak terima salam ni.

From : Farah

'Sapa pulak yang hantar kad ni kat aku? Arghh... Peminat kot. Maklumlah, aku kan handsome. Untungnya aku. Semua perempuan nakkan aku. Petik jari jer ramai yang datang. Tu tak termasuk yang aku riject lagi tu. Perempuan-perempuan. Kenapa korang sangat mudah ditipu dan diperbodohkan dengan paras rupa dan harta? Bagi lelaki seperti aku pulak, menjadi kepuasan bila perempuan yang aku suka rebah ditangan aku dengan senang tanpa perlu menyusahkan dengan pujuk rayu bagai. Kata orang, remaja hanya sekali. So aku nak enjoy puas-puas. Tapi bila difikir-fikirkan balik, tak dapat untung pun permainkan orang. Arghh.. Pedulikan la apa orang nak cakap. Asalkan aku puas. Nurinna Farhah. Hehehe.. Fikiran jahat mula merasuk. Orangnya cantik, tinggi sederhana, kulit putih merah. Kalau aku dapat dia, memang aku nak kenakan dia cukup-cukup. Kau tengok lah nanati. Kau dah lecurkan badan aku, dah tinggalkan parut kat dada aku yang cun ni. Tapi kenapa aku dendam sangat ngan dia? pedulikan. Apa yang aku nampak dia tak goyang dengan kekacakkan aku langsung. Siap berani marahkan aku lagi. Tak pernah ada perempuan yang tidak goyang dengan aset yang aku punya. Dia seorang perempuan yang berjaya mencabar aku. Tak pe, kau akan tahu nasib kau nanti Nina.Yang aku tahu, aku akan mainkan dia cukup-cukup. Esok aku akan mulakan strategi. Yes!

" Im! turun makan. Ibu dah siapkan makanan ni."

" Baik bu. 5 minit Im turun."

Alamak.. Abah ada kat rumah pulak. Siaplah kau wahai telinga. Cairlah segala tahi yang ada dalam tu. Sedia untuk mendengar ceramahnya tentang betapa pentingnya pelajaran, untuk masa depan, dan bla bla bla... Spoil btul lah abah ni. Ibu cakap abah balik minggu depan. Tapi apesal pulak ade jer ni. Adoi..

" Hah Im! Macam mana dengan pelajaran? Spm tinggal 5 bulan jer lagi kan? Kamu dah buat persiapan belum? Ingat Im, Pelajaran tu yang akan menentukan nasib hidup kamu kelak. Abah tak mahu Im menangis kemudian hari. Mulai sekarang Im kena belajar berfikir. Suadahlah. Makan dulu. Sekejap lagi kita sambung. "

" Abahnya, biar lah anak tu makan dulu. Terbantut pulak seleranya nanti. "

Ibu memang terbaik. Ni lah yang aku sayang ibu aku sebab ibu selalu akan sokong aku. Tapi ada ketegasannya yang tersendiri. Bukan aku tak sayangkan abah, cuma mungkin sebab abah jarang ada kat rumah. Maklumlah, abah aku pilot. Selalu je tak ada kat rumah.

Selesai makan,  aku naik bilik dengan alasan aku nak ulang kaji. Bukan apa, malas nak dengar ceramah abah. Aku kureng sikit bab-bab ni. Hehe.. Baik aku layan facebook, lagu dan game. Study pulak, aku tak der mood lagi nak study. Ntah lar, aku tak puas lagi nak enjoy. Nanti-nanti lah aku study. keputusan aku pun bukan seteruk yang disangka. Nakal-nakal aku, aku masih lagi ingat padda pelajaran.
****
Assalamualaikum.

Harap tak menggangu awak. Saya selalu perhatikan awak dalam diam. Mungkin awak akan befikir saya adalah peminat awak kan.? Mungkin ya mungkin tidak. Oh ya! Good Luck untuk SPM nanti.
From : Farah

'Farah? Siapa dia? Arghhh.. Buang masa je aku nak ambil tahu. Biarkan je. Yang penting sekarang adalah Addawiyyah. Perempuan yang aku dapat berita dia minat kat aku. Boleh tahan cun jugak budak tu. Aku akan dapatkan dia. Nina pulak.. Biar lah. Malas aku ambil tahu."

" Eh Rizky, kau baca ape tu? Bak aku tengok, macam menarik jer. Siapa kasi beb? "

" Kau ni Amir, buat aku terkejut aje lah. Tak ade ape-ape. Kau tak yah lah ambil tahu. Tak penting pun. "

" Sejak bila kau pandai nak simpan rahsia ni Rizky? Ni mesti ade pape yang kiteorang tak tahu. Baik kau cakap. "

" Aku ade jugak benda yang aku tak boleh kasi tahu orang lain Mir. Aku harap kau faham. "

" Ye lah. Asalkan kau bahagia. Eh Rizky, lagi berapa bulan jer lagi kita akan jalani SPM. Petang ni kita study group nak tak? Dah lama kita tak study. Aku kekadang risau jugak. Apa pendapat kau Riz?"

" Aku okey jer. Petang ni kau ajak yang lain, datang rumah aku. Dalam jam 4 ke. "

" Okey. Set! "

Hmmmm.... Siapa Farah? Kenapa aku terasa lain setiap kali terima kad-kad dari dia? Aku dapat rasa dia perempuan yang lain dari yang lain. Tapi kenapa fikiran aku asyik teringatkan dia? Arghhh !! Persetankan. Malas aku nak fikir. Baik aku fikir benda lain.

" Hai sayang! U buat ape tu? U baca ape? Boleh I tengok tak? Tak kan U baca buku kot. Macam tak percaya aje. Bak lah sini yang."
Laila cuba merebut kad tersebut dari tangan Rizky. Tetapi malangnya tindakkan Laila mengundang kemarahan Rizky apabila Rizky terjatuh dari meja tempatnya duduk. Hampir sahaja tangan sasa Rizky menyentuh pipi Laila. Tapi ditahan oleh Nina yang kebetulan ternampak situasi tersebut. Entah kenapa, perangai Laila yang terlampau mengada-ngada telah menyebabkan Rizky menyampah. Sebelum ini Rizky amat suka apabila Laila mengambil berat dan manja dengannya. Mungkinkah kehadiran si misteri Farah?

" Kau ni dayus ke nak pukul perempuan? Kau kan sayang sangat kat dia. Kenapa kau nak tangankan dia pulak? Tapi aku tak nak ambil tahu. Terima kasih. "

" Eh budak! Kau intip Rizky ke? Sampai kau tahu aku dan dia ada kat sini? Ke kau dah terpikat dengan dia? Kau kalau tak nak masalah jangan cari pasal! "

Nina terus berjalan tanpa menghiraukan pekikan Laila. Harap muka je cun, tapi perangai hampeh. Nasib kau lah Rizky, dapat makwe macam hantu air. Suka serang n terpekik-pekik. Macam langsuir pun iye jugak. Hehe.. Sempat lagi aku ngutuk dia dalam hati.
****
Rizky masih menerima surat-surat dan kad-kad dari Farah. Ternyata setiap kehadiran kad dan surat-surat itu menggembirakan hatinya. Kata-kata semangat yang di unjukkan buatnya telah melembutkan hati Rizky untuk lebih tekun belajar dan sedikit sebanyak telah mengikis sikap buaya daratnya. Rakan-rakannya juga agak terkejut dengan sikap Rizky yang banyak berubah. Tapi jika di tanya dia hanya diam membisu. Laila juga telah menjauhkan diri dari Rizky dan mula berdampingan dengan orang lain. Ingin sekali dia menegtahui siapakah Farah. Namun dia tiada sebarang petunjuk yang membolehkan pencariannya. Tapi dia harus bersabar, Farah telah berjanji akan memunculkan diri suatu hari nanti dengan syarat dia berjaya dalam pelajaran. Sabar Rizky. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah jua. Samada cepat atau lambat. Rizky pernah membaca suatau artikel, andai cinta itu dapat menjadikan kita bersemangat, tiada salahnya. Tetapi jangan melebihi had.

Hanya beberapa hari sahaja lagi peperiksaan SPM akan bermula. Semua pelajar sibuk dan masing-masing tiada masa untuk melepak. Termasuk Rizky. Farah masih tidak berhenti mengutus surat dan menghantar kad-kad ucapan semangat untuk Rizky. Setelah hampir sebulan bertungkus lumus, peperiksaan tamat. Masing-masing membawa diri. Tiada lagi alam persekolahan yang menggembirakan, gelak tawa rakan-rakan. Semuanya hanya tersemat dalam hati. Beberapa bulan selepas itu, keputusan SPM di umumkan.
Nina mendapat peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Animasi di Universiti Oxford, London. Rizky pula melanjutkan pelajaran di UiTM Pahang dalam bidang pengurusan bank. Setelah beberapa tahun, Rizky tetap menerima kata-kata perangsang dari Farah melalui email. Pendek kata, perpisahan mereka bukan penghalang untuk Rizky menaruh harapan berjumpa gadis idamannya suatu hari nanti. Setiap hari selapas solat, perkara yang sama dia berdoa kehadrat Illahi untuk memakbulkan niatnya. Dan niatnya hanya satu, andai Farah adalah gadis yang terbaik untuknya, permudahkanlah pejalanan mereka. Andai dia bukan untuknya, jauhkanlah hati kami buat selama-lamanya. Rizky masih tidak mengetahui siapakah Farah. Seorang gadis yang bijak menutup perihal peribadinya dari pengetahuan Rizky dan sememangnya itu adalah strateginya.

" Cik Nurinna Farhah Binti Hazim. Sila masuk. " Arah setiausaha muda itu.

 Hari ini Nina menghadiri temuduga bagi jawatan pembantu pengarah bahagian animasi di salah sebuah syarikat penciptaan animasi Malaysia. Doanya supaya jerih payahnya di negara orang selama 5 tahun berhasil dengan pekerjaan ini. Mama, Papa.. Doakan Nina yer. Setelah di temuduga, Nina telah berjaya memikat hati si penemuduga. Esok dia kan mula bekerja. Syukur tidak terkata dihati. Rizky pula berjaya bekerja di sebuah bank sebagai pengurus bahagian kewangan.
****
Setelah beberapa tahun..

Assalamualaikum
Hari ini, 15 Jun. Saya tak tahu samada awak masih ingat tarikh ni atau tak. Tarikh ini adalah tarikh pertama kali saya mengirimkan kad salam perkenalan kepada awak. Ingat lagi tak kad yang saya letak dalam laci meja awak? Dan tarikh ni jugak melambangkan sudah 8 tahun kita berutus email tanpa bersemuka. Saya minta maaf andai kehadiran surat, kad dan email saya selama ini mengganggu kehidupan awak. Tapi niat saya cuma satu, saya hanya ingin mengubah awak. Tiada maksud yang lain. Dan saya rasa saya sudah bersedia untuk bersemuka dengan awak. Saya harap awak sudi. Jumpa saya di Taman Tasik Perdana pada jam 5.30 nanti. Tentang bagaimana awak akan mengenali saya, saya sendiri akan memperkenalkan diri saya nanti.
Wassalam..

Rizky selesai membaca email yang di hantar kepadanya. Dia mengeluh. Entah kenapa, walaupun ini saat yang di tunggu-tunggu, tetapi jiwanya tidak tenteram. Dia lantas menekan butang 'shut down' pada komputernya. Di lihat sekilas jam di tangan. Arghh.. Sudah jam 3.30 petang. Hanya tinggal kurang 2 jam lagi dia akan bertemu pemilik nama Farah. Hatinya gusar. Dia memusing-musingkan pen di atas mejanya. Waktu kerjanya hanya tinggal 1 jam 30 minit. Mujurlah tempat dia bekerja tidak jauh dari tempat yang dijanjikan.' Farah, hatiku telah menjadi milikmu sejak sekian lama. Apa kau juga mempunyai perasaan yang sama? Aku takut. Andai pertemuan kita nanti adalah pertemuan kita yang terakhir. Aku nekad, aku akan mengikat kasih kita. '

" Hoii!! Kau kenapa? Semacam jer aku tengok? "

" Eh kau Syauki! Terperanjat aku! Tak tahu nak ketuk pintu ke? Huh!! "

" Relaks lah beb. Aku ketuk pintu macam nak pecah kau yang tak dengar. Aku redah je lah. Sorry Beb. Kau kenapa? Semacam jer aku tengok. Kau ade masalah ke? Atau kau teringat buah hati 'maya' kau tu? sudah-sudah lar tu Riz. Aku pun naik risau tengok keadaan kau." Ujar Syauki, teman baiknya dari UiTM dulu.

" Kau tak faham Ki. Aku selama ni macam dah bergantung semangat kat dia. Aku dengan dia satu sekolah dulu. Tapi aku masih tak dapat tahu siapa Farah." Rizky sedikit kesal kerana tidak menyiasat siapakah Farah yang sebenarnya. Dan dia juga tidak menyangka hubungannya dengan 'Farah' akan berpanjangan sehingga ke hari ini.

" Kau fikir lah mana yang baik untuk diri kau Riz. Aku tak tahu nak tolong kau macam mana dah. Aku nak kenalkan kau dengan Nurul dulu kau tolak mentah-mentah. "

" Hmmm.. Aku dapat rasakan dia adalah jodoh aku Ki. Petang ni aku akan jumpa dengan Farah. Kau doakan aku eah, agar semua berjalan lancar. "

" Eh ye ke? Baguslah kalau begitu. Aku doakan yang terbaik untuk kau. Good luck Riz. Aku keluar dulu beb. Ada kerja tak selesai lagi. "

Rizky hanya mengangguk. Mujurlah keluarganya tidak memaksa supaya dia cepat-cepat berkahwin. Kalau tidak maunya kena kawin paksa. Hehe.. Dia tersenyum sendiri mengenangkan tindakkannya yang agak gila pada pandangan orang lain. Menunggu pada orang yang tidak pernah bertentang muka.


" Eh Nina, awal kau nak balik hari ni? Ada hal ke? Gelabah semacam jer aku tengok.  Kenapa? "

" Linda.. Aku ada hal sikit. Aku balik dulu lah k. Bye. "

Nina tenang memandu. Hatinya berdebar-debar.' Apakah pandangan dia terhadap tindakkan aku kepadanya selama ini? Adakah dia akan marah-marah pada aku? Arghh.. Pedulikan. Aku mesti kotakan janji aku padanya. Tapi kenapa aku harus setia padanya? Bukan tiada orang yang ingin menjadikan aku isteri mereka. Tapi aku merasakan jodoh aku belum sampai. Keluargaku sudah bising-bising setiap kali aku menelefon mereka bertanyakan khabar. Bilakah aku akan menamatkan zaman bujang. Maklumlah, usiaku sudah memasuki 25 tahun. Umur yang baik untuk mendirikan rumah tangga. Jawapan 'standard'ku, alahh.. Masih belum sampai jodoh. Aku akui, aku sayangkan dia. Dan dari balasan email-emailnya, seperti dia juga mengharapkan aku. Entahlah, aku kadang-kadang keliru dengan keadaan diriku. Ya Rabb.. Andai benar dia jodohku, kau permudahkanlah. Andai dia bukan yang terbaik untukku, kau jauhkanlah. Aku percaya Engkau maha mengetahui segalanya.'

Nina melihat sekilas jam dipegelangan tangannya. Dia sampai awal 15 minit. Makin berdebar hatinya. ' Sabar Nina. Sabar. '

Rizky menunggu di pondok yang di sediakan untuk pengunjung. Hari masih awal memandangkan waktu pejabat baru berakhir. Rizky resah. Semakin lama menunggu, dia makin tidak senang duduk.

" Rizky Imran?" Serta merta dia berpaling.

" Nina? Apa awak buat kat sini??"
****
" Aku terima Nikahnya Nurinna Farhah Binti Hazim  dengan mas kahwinnya........"

Nina sebak. Dia sudah sah menjadi isteri kepada Rizky Imran Bin Muhd Kamal. Lelaki yang menjalin hubungan 'maya' dengannya selama 8 tahun. Tidak menyangka, pertemuan pertama selepas 8 tahun membawanya ke jinjang pelamin. Segalanya berjalan dengan pantas. Mungkin ini adalah jodohnya dan jalan mereka dipermudahkan oleh Rabb tanpa sebarang kesulitan yang terlalu rumit.
Selesai menunaikan solat Isyak buat pertama kalinya bersama insan yang bergelar suami, Nina kini terasa ketenangan yang tidak pernah dirsakan. Lama dia bertafakur ditikar sejadah. Memohon agar Dia memanjangkan jodoh mereka hingga ke syurga. Dia terlalu bersyukur atas kurniaan ini. Dan Nina berharap agar kebahagiaan mereka disertai dengan restu Allah.

'  Ya Allah Ya Tuhanku, kini aku telah menggalas satu tanggungjawab yang amat berat sebagai seorang lelaki. Aku telah diangkat martabat menjadi ketua keluarga untuk aku membimbing isteri dan bakal anak-anakku nanti. Kau kuatkanlah imanku Ya Allah supaya tugas dan amanah yang Kau beri kepadaku ini dapat ku jalani dengan tabah dan tanpa tergelincir dari jalanMu....."

" Amin." Mereka serentak mengaminkan doa. Nina menyalami tangan Rizky dan mengucupnya dengan penuh kasih sayang. Dia nekad, selepas sah hubungan mereka, hanya Rizky di hatinya.

" Abang, terima kasih atas kesabaran abang selama 8 tahun ini. Terima kasih juga sebab terima Nina sebagai isteri abang yang sah. Nina bersyukur dengan semua ini bang. Nina akan berusaha menjaga hati abang dan menjadi isteri yang solehah buat abang...."

" Dan Ibu yang terbaik untuk bakal anak-anak kita nanti.." Belum sempat Nina menghabiskan ayatnya, Rizky terus menambah.

" Kenapa muka isteri abang merah? Hehe.. malu eah? Tak betul ke apa yang abang cakap? Betul lah kan. Kesiannya isteri abang ni. Merah dah muka. Sayang, abang ada request ni. Harap sayang terima dengan hati yang terbuka ye? "

" Apa dia bang? Cakaplah."

" Ermmm... Jom couple nak? Abang tak pernah couple lagi selama ni taw. Hehe.. Sayang sudi tak terima abang? " Rizky menutup lampu tidur.

" Abang ni kan. Buat suspen je lah. Alaa... Dulu abang pernah couple dengan Laila, Addawiyya bla bla bla.. Tu bukan couple ke bang? Hehe.."

" Isteri abang cemburu ke? Alaa.. Tu cinta monyet. Abang bukan nak sangat kat diaorang. Diaorang yang minat kat abang. Tak kan abang nak tolak. Hehehe..."

" Hah! Perangai lama tak habis lagi ke? Nak kena ni. "

" Jom kite tengok, sapa yang kena. Eh, sebelum tu, sayang terima abang sebagai pakwe sayang tak ni?"

" Ermm.. Terima." Dalam kesamaran Nina tersenyum. Rizky menarik Nina dalam dakapan.

" Bismillah............"


p/s : ini adalah percubaan saya yang pertama.
         Andai terdapat kekurangan maaflah.
         Komen dan kritikkan daripada anda amatlah dialu-alukan.
         Terima kasih sebab sudi membaca karya saya yang serba kekurangan ini. :)