" Terima kasih uncle. Nanti datang ambil Nina pukul 5 sebab Nina ada kelas kokurikulum. Jangan lupa bagi tahu mama yer. Nanti dia risau pulak. " Nina melangkah keluar dari kereta.
" Okey. Nanti uncle beritahu mama. "
****
KRINGGGGGGG .... !!!
" Nina!! Hiashh.. Lajunya mak nenek ni jalan. Tak nyempat!! " Eh , mak nenek jalan laju ker ? Ntah, mungkin ya, mungkin tidak. hehe..
" Hah.. Padan la. Yang kau tu jalan macam itik pulang petang siapa suruh. Perut aku menggelegak lapar dah. Jom." Buruk kan? Tapi ni la aku. hehe.. pantang pasal makan laju jer. Tapi yang aku heran badan aku keding , tak besar-besar jugak. Terbantut ke apa aku tak tahu.
" Nak makan apa hari ni eh ? Tak nak dah aku makan mee goreng kegemaran kau tu. Naik muak dah aku. Kita try bihun sup pulak okey tak Shila? Aku belanja kau hari ni. Kau carikan tempat eah. "
Aku menghayunkan langkah menuju ke kaunter jualan bihun sup. Waktu rehat begini memang ramai budak-budak yang turun mengisi perut. Berasak-asak di kantin untuk mengeyangkan perut masing-masing. Sudah berkali-kali di ingatkan supaya beratur. Tetapi adat, budak-budak memang agak susah mengikut arahan. Termasuklah aku. Dah aku belikan dua mangkuk bihun sup, aku ingin keluar untuk ke tempat dimana Shila menungguku. Sedang mataku melilau mencari kelibat Shila..
Pranggggg!!
" Makkkk !! Panasnya ! Woi minah ! Kau buta ke apa?? Kau tak nampak ke sebesar orang kat depan kau ni hah!! Sakit kau tau tak! "
" Kau tak boleh ke cakap elok-elok? Aku bukan sengaja! Ni! Tudung 'n' baju aku ni bau belacan sebab kuah laksa kau tu! Panas jugak! Tapi aku tak memekik melolong macam kau lah badak! " Aduh! Sudah lah aku tengah lapar. Breakfast tadi pun aku tak sempat makan. Berlanggar pulak dengan babun ni. Sakitnya hati!
" Padan muka kau! Lain kali mata kau tinggal jer kat rumah, tak payah bawak sebab ada mata pun kau masih tak gunakan. Malang betul nasib aku."
" Memang nasib kau malang! Sekali dengan aku terkena penyakit malang kau tu! "
Belum sempat mamat tu bukak mulut, Shila datang dan menarik aku pergi dari situasi panas itu. Mana tidaknya, pertengkaran aku dengan mamat tu menarik perhatian semua murid. Lebih menarik dari makanan-makanan yang ada di kantin hari itu. Aku ingat nak minta maaf dari budak lelaki tu, tapi dia dah malukan aku, lantak dia lah, malas aku nak cakap apa. Lagipun aku budak baru kat sekolah ni. Tak kan aku nak buat hal pulak kan. Tak pasal-pasal karang aku kena ke bilik kaunseling ke, mak bapak aku kena jemput ke sekolah ke. Lagi malu. Baik aku diamkan jer. Yedak... :) Hari tu memang sia-sia aku bertungkus lumus berasak untuk membeli bihun sup. Dah la perut tengah menggigil. Tapi nak buat macam mana. Dah bukan razeki aku. Sabar je lah kan..
" Heh! Yang kau gi marah si Rizky tu kenapa? Aku tak tahulah nasib kau lepas ni.Mesti si Laila gedik tu akan cari dan susahkan kau. "
Nak tahu sebab apa? Sebab aku dah cari pasal dengan pakwe dia tu. Dulu sebelum aku masuk sekolah ni, ada sorang budak perempuan pindah sekolah sebab tak tahan dengan perangai Laila tu. Nak tahu apa salah budak perempuan tu? Sebab dia minat si Rizky tu hah. Laila dapat tahu, mengamuk dia. Arhhh.. Kira apa aku. Apa dia ingat sekolah tu dia yang punya ker. Tak ada undang-undang. Lagi satu aku dapat tahu bahawa si Rizky tu buaya darat. Semua perempuan dia nak rembat. Aku dapat tahu jugak bahawa Laila tu sebenarnya suka membuli junior-juniornya. Siapa yang dirasakan tak suka, dia akan membuat sesuatu kepada manusia itu. Oleh sebab itu tiada siapa yang berani menentangnya.
****
Beberapa hari selepas kejadian..
" Sapa Nina? " Kelas yang huru-hara kembali senyap bagai malaikat lalu. Aku yang tekun menyiapkan kerja sekolah Matematik turut panggung kepala. Kenapa semua diam?
" Sapa Nina? " Di ulang untuk kali ke dua. Dengan penuh keyakinan aku berjalan ke hadapan kelas dan mengakui aku adalah Nurinna Farhah a.k.a Nina. Aku mendapat pesanan ada orang ingin bersemuka dengan ku di dewan sekolah selepas waktu persekolahan tamat. Dan aku menerima pesanan tersebut. Mesti si Laila seperti yang diberitahu Shila tempoh hari. Shila yang menunggu aku sampai ke tempat duduk aku hanya membuat isyarat tanya mengapa. Aku tidak menjawab persoalan itu sebaliknya meneruskan kerjaku yang tertangguh tadi. Hanya beberapa minit sahaja lagi loceng menandakan waktu persekolahan akan berakhir. Kelihatan semua pelajar siap sedia berkemas untuk pulang. Termasuk aku dan Shila. Aku akan mengheret Shila supaya turut bersamaku dalam pertemuan entah dengan siapa. Bukan apa, untuk keselamatan jugak. Sesampainya di dewan yang dimaksudkan, aku lihat beberapa orang lelaki dan salah seorangnya adalah Rizky! Ya Tuhanku.. Dia nak balas dendam kat aku ke? Terasa menyesal pulak datang sini.
" Hai Nurrina Farhah a.k.a Nina! Kenapa lambat sayang..? Jalan jammed eah? Hahaha.." Serentak dengan itu konco-konconya tertawakan lawak yang tak lawak sebenarnya.
" Okey. Straight to the point. Ape yang korang nak sebenarnya? Sampai suruh aku datang kat sini bagai. Aku nak cepat. Ringkaskan saja. Aku tak ada masa nak dengar cakap panjang-panjang." Wah! Beraninya aku! Shila yang sebelah aku diam tak terkutik. Takut agaknya. Dia hanya berani memandang aku dan menyiku aku.
" Sayang.. Ape U buat kat sini ? Ehh! Nina pun ade? Aku dengar kau dah kotorkan reputasi Rizky. Betul ke? Aku baru ingat nak cari kau. Tapi kau dah suka rela datang kepada aku. Bagusnya kau! Sayang, apa U nak buat dengan budak tak cukup umur ni? Biar I tolong U. Budak tak cukup umur ni memang perlu diajar. Kalau tak dia naik minyak." Ewahhh.. ! Panjang kot mukadimah dia. Dengan ber'I' ,ber'U', Sayang-sayang lagi. Sumpah perempuan ni memang gedik. Bertempek-tempek kat dada Rizky. Geli aku tengok. Nak muntah pun ade. Baru 17 tahun dah miang bagai. Sempat aku kutuk dia dalam hati.
" U buat ape kat sini Laila? I nak settlekan masalah dengan perempuan ni dulu. U balik dulu boleh tak? Nanti I pergi rumah U."
" Alaaa.. U ni. I rindu U la. Okey lar, I balik dulu. Tapi jangan lupa datang rumah I petang nanti tau. I tunggu. Nanti I beritahu mummy I suruh masak sedap-sedap untuk U. Bye sayang. See you. Jangan nakal-nakal tau. Kau jangan nak cuba-cuba pikat dia pulak. Kalau aku tahu kau siap!" Wohooo.. Sempat lagi dia warning aku tu! Tapi sorry beb! Aku tak gentar. Pandangan mata aku, dia tak lah tinggi sangat. Badan pun kecil je. Macam orang terbantut tumbesaran pun iye jugak. Hihihi..
" Nina.. Aku nak kau minta maaf dengan aku sekarang. Sampai aku cakap aku maafkan kau baru aku benarkan kau keluar. Kalau kau degil jugak, kau akan malu sampai bila-bila. Cepat! Sekarang!"
" Okey! Aku minta maaf. Puas hati kau?"
" Kau kena rayu aku maafkan kau. Lagipun kau jangan ingat aku akn lepaskan kau sebab kau cantik. Aku sikit pun tak akan tergoda dengan kecantikan kau tu." Ya Rabbi.. Punya la perasan mamat ni. Aku mengaku dia memang kacak. Berkulit cerah dan mungkin itu adalah aset untuknya memainkan hati perempuan yang meminatinya. Tapi bukan aku.
" Aku mintak maaf la eah. Aku tak terniat untuk malukan kau, langgar kau hari tu. Memang salah aku dan memang aku tak nampak kau. Sorry la eahh?? " wallaweyhh.. muntah aku dengar ayat permintaan maaf aku tu. Aku pandang Shila. Seperti tidak percaya dengan apa yang aku tuturkan. Sebab setahu Shila, aku memang seorang yang tak pernah cakap selunak tu. Heheh..
" Hahaha.. Okey. Disebabkan kau cantik, aku maafkan kau. Kau boleh blah dari sini. "
****
Salam Perkenalan. Harap awak terima salam ni.
From : Farah
'Sapa pulak yang hantar kad ni kat aku? Arghh... Peminat kot. Maklumlah, aku kan handsome. Untungnya aku. Semua perempuan nakkan aku. Petik jari jer ramai yang datang. Tu tak termasuk yang aku riject lagi tu. Perempuan-perempuan. Kenapa korang sangat mudah ditipu dan diperbodohkan dengan paras rupa dan harta? Bagi lelaki seperti aku pulak, menjadi kepuasan bila perempuan yang aku suka rebah ditangan aku dengan senang tanpa perlu menyusahkan dengan pujuk rayu bagai. Kata orang, remaja hanya sekali. So aku nak enjoy puas-puas. Tapi bila difikir-fikirkan balik, tak dapat untung pun permainkan orang. Arghh.. Pedulikan la apa orang nak cakap. Asalkan aku puas. Nurinna Farhah. Hehehe.. Fikiran jahat mula merasuk. Orangnya cantik, tinggi sederhana, kulit putih merah. Kalau aku dapat dia, memang aku nak kenakan dia cukup-cukup. Kau tengok lah nanati. Kau dah lecurkan badan aku, dah tinggalkan parut kat dada aku yang cun ni. Tapi kenapa aku dendam sangat ngan dia? pedulikan. Apa yang aku nampak dia tak goyang dengan kekacakkan aku langsung. Siap berani marahkan aku lagi. Tak pernah ada perempuan yang tidak goyang dengan aset yang aku punya. Dia seorang perempuan yang berjaya mencabar aku. Tak pe, kau akan tahu nasib kau nanti Nina.Yang aku tahu, aku akan mainkan dia cukup-cukup. Esok aku akan mulakan strategi. Yes!
" Im! turun makan. Ibu dah siapkan makanan ni."
" Baik bu. 5 minit Im turun."
Alamak.. Abah ada kat rumah pulak. Siaplah kau wahai telinga. Cairlah segala tahi yang ada dalam tu. Sedia untuk mendengar ceramahnya tentang betapa pentingnya pelajaran, untuk masa depan, dan bla bla bla... Spoil btul lah abah ni. Ibu cakap abah balik minggu depan. Tapi apesal pulak ade jer ni. Adoi..
" Hah Im! Macam mana dengan pelajaran? Spm tinggal 5 bulan jer lagi kan? Kamu dah buat persiapan belum? Ingat Im, Pelajaran tu yang akan menentukan nasib hidup kamu kelak. Abah tak mahu Im menangis kemudian hari. Mulai sekarang Im kena belajar berfikir. Suadahlah. Makan dulu. Sekejap lagi kita sambung. "
" Abahnya, biar lah anak tu makan dulu. Terbantut pulak seleranya nanti. "
Ibu memang terbaik. Ni lah yang aku sayang ibu aku sebab ibu selalu akan sokong aku. Tapi ada ketegasannya yang tersendiri. Bukan aku tak sayangkan abah, cuma mungkin sebab abah jarang ada kat rumah. Maklumlah, abah aku pilot. Selalu je tak ada kat rumah.
Selesai makan, aku naik bilik dengan alasan aku nak ulang kaji. Bukan apa, malas nak dengar ceramah abah. Aku kureng sikit bab-bab ni. Hehe.. Baik aku layan facebook, lagu dan game. Study pulak, aku tak der mood lagi nak study. Ntah lar, aku tak puas lagi nak enjoy. Nanti-nanti lah aku study. keputusan aku pun bukan seteruk yang disangka. Nakal-nakal aku, aku masih lagi ingat padda pelajaran.
****
Assalamualaikum.
Harap tak menggangu awak. Saya selalu perhatikan awak dalam diam. Mungkin awak akan befikir saya adalah peminat awak kan.? Mungkin ya mungkin tidak. Oh ya! Good Luck untuk SPM nanti.
From : Farah
'Farah? Siapa dia? Arghhh.. Buang masa je aku nak ambil tahu. Biarkan je. Yang penting sekarang adalah Addawiyyah. Perempuan yang aku dapat berita dia minat kat aku. Boleh tahan cun jugak budak tu. Aku akan dapatkan dia. Nina pulak.. Biar lah. Malas aku ambil tahu."
" Eh Rizky, kau baca ape tu? Bak aku tengok, macam menarik jer. Siapa kasi beb? "
" Kau ni Amir, buat aku terkejut aje lah. Tak ade ape-ape. Kau tak yah lah ambil tahu. Tak penting pun. "
" Sejak bila kau pandai nak simpan rahsia ni Rizky? Ni mesti ade pape yang kiteorang tak tahu. Baik kau cakap. "
" Aku ade jugak benda yang aku tak boleh kasi tahu orang lain Mir. Aku harap kau faham. "
" Ye lah. Asalkan kau bahagia. Eh Rizky, lagi berapa bulan jer lagi kita akan jalani SPM. Petang ni kita study group nak tak? Dah lama kita tak study. Aku kekadang risau jugak. Apa pendapat kau Riz?"
" Aku okey jer. Petang ni kau ajak yang lain, datang rumah aku. Dalam jam 4 ke. "
" Okey. Set! "
Hmmmm.... Siapa Farah? Kenapa aku terasa lain setiap kali terima kad-kad dari dia? Aku dapat rasa dia perempuan yang lain dari yang lain. Tapi kenapa fikiran aku asyik teringatkan dia? Arghhh !! Persetankan. Malas aku nak fikir. Baik aku fikir benda lain.
" Hai sayang! U buat ape tu? U baca ape? Boleh I tengok tak? Tak kan U baca buku kot. Macam tak percaya aje. Bak lah sini yang."
Laila cuba merebut kad tersebut dari tangan Rizky. Tetapi malangnya tindakkan Laila mengundang kemarahan Rizky apabila Rizky terjatuh dari meja tempatnya duduk. Hampir sahaja tangan sasa Rizky menyentuh pipi Laila. Tapi ditahan oleh Nina yang kebetulan ternampak situasi tersebut. Entah kenapa, perangai Laila yang terlampau mengada-ngada telah menyebabkan Rizky menyampah. Sebelum ini Rizky amat suka apabila Laila mengambil berat dan manja dengannya. Mungkinkah kehadiran si misteri Farah?
" Kau ni dayus ke nak pukul perempuan? Kau kan sayang sangat kat dia. Kenapa kau nak tangankan dia pulak? Tapi aku tak nak ambil tahu. Terima kasih. "
" Eh budak! Kau intip Rizky ke? Sampai kau tahu aku dan dia ada kat sini? Ke kau dah terpikat dengan dia? Kau kalau tak nak masalah jangan cari pasal! "
Nina terus berjalan tanpa menghiraukan pekikan Laila. Harap muka je cun, tapi perangai hampeh. Nasib kau lah Rizky, dapat makwe macam hantu air. Suka serang n terpekik-pekik. Macam langsuir pun iye jugak. Hehe.. Sempat lagi aku ngutuk dia dalam hati.
****
Rizky masih menerima surat-surat dan kad-kad dari Farah. Ternyata setiap kehadiran kad dan surat-surat itu menggembirakan hatinya. Kata-kata semangat yang di unjukkan buatnya telah melembutkan hati Rizky untuk lebih tekun belajar dan sedikit sebanyak telah mengikis sikap buaya daratnya. Rakan-rakannya juga agak terkejut dengan sikap Rizky yang banyak berubah. Tapi jika di tanya dia hanya diam membisu. Laila juga telah menjauhkan diri dari Rizky dan mula berdampingan dengan orang lain. Ingin sekali dia menegtahui siapakah Farah. Namun dia tiada sebarang petunjuk yang membolehkan pencariannya. Tapi dia harus bersabar, Farah telah berjanji akan memunculkan diri suatu hari nanti dengan syarat dia berjaya dalam pelajaran. Sabar Rizky. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah jua. Samada cepat atau lambat. Rizky pernah membaca suatau artikel, andai cinta itu dapat menjadikan kita bersemangat, tiada salahnya. Tetapi jangan melebihi had.
Hanya beberapa hari sahaja lagi peperiksaan SPM akan bermula. Semua pelajar sibuk dan masing-masing tiada masa untuk melepak. Termasuk Rizky. Farah masih tidak berhenti mengutus surat dan menghantar kad-kad ucapan semangat untuk Rizky. Setelah hampir sebulan bertungkus lumus, peperiksaan tamat. Masing-masing membawa diri. Tiada lagi alam persekolahan yang menggembirakan, gelak tawa rakan-rakan. Semuanya hanya tersemat dalam hati. Beberapa bulan selepas itu, keputusan SPM di umumkan.
Nina mendapat peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Animasi di Universiti Oxford, London. Rizky pula melanjutkan pelajaran di UiTM Pahang dalam bidang pengurusan bank. Setelah beberapa tahun, Rizky tetap menerima kata-kata perangsang dari Farah melalui email. Pendek kata, perpisahan mereka bukan penghalang untuk Rizky menaruh harapan berjumpa gadis idamannya suatu hari nanti. Setiap hari selapas solat, perkara yang sama dia berdoa kehadrat Illahi untuk memakbulkan niatnya. Dan niatnya hanya satu, andai Farah adalah gadis yang terbaik untuknya, permudahkanlah pejalanan mereka. Andai dia bukan untuknya, jauhkanlah hati kami buat selama-lamanya. Rizky masih tidak mengetahui siapakah Farah. Seorang gadis yang bijak menutup perihal peribadinya dari pengetahuan Rizky dan sememangnya itu adalah strateginya.
" Cik Nurinna Farhah Binti Hazim. Sila masuk. " Arah setiausaha muda itu.
Hari ini Nina menghadiri temuduga bagi jawatan pembantu pengarah bahagian animasi di salah sebuah syarikat penciptaan animasi Malaysia. Doanya supaya jerih payahnya di negara orang selama 5 tahun berhasil dengan pekerjaan ini. Mama, Papa.. Doakan Nina yer. Setelah di temuduga, Nina telah berjaya memikat hati si penemuduga. Esok dia kan mula bekerja. Syukur tidak terkata dihati. Rizky pula berjaya bekerja di sebuah bank sebagai pengurus bahagian kewangan.
****
Setelah beberapa tahun..
Assalamualaikum
Hari ini, 15 Jun. Saya tak tahu samada awak masih ingat tarikh ni atau tak. Tarikh ini adalah tarikh pertama kali saya mengirimkan kad salam perkenalan kepada awak. Ingat lagi tak kad yang saya letak dalam laci meja awak? Dan tarikh ni jugak melambangkan sudah 8 tahun kita berutus email tanpa bersemuka. Saya minta maaf andai kehadiran surat, kad dan email saya selama ini mengganggu kehidupan awak. Tapi niat saya cuma satu, saya hanya ingin mengubah awak. Tiada maksud yang lain. Dan saya rasa saya sudah bersedia untuk bersemuka dengan awak. Saya harap awak sudi. Jumpa saya di Taman Tasik Perdana pada jam 5.30 nanti. Tentang bagaimana awak akan mengenali saya, saya sendiri akan memperkenalkan diri saya nanti.
Wassalam..
Rizky selesai membaca email yang di hantar kepadanya. Dia mengeluh. Entah kenapa, walaupun ini saat yang di tunggu-tunggu, tetapi jiwanya tidak tenteram. Dia lantas menekan butang 'shut down' pada komputernya. Di lihat sekilas jam di tangan. Arghh.. Sudah jam 3.30 petang. Hanya tinggal kurang 2 jam lagi dia akan bertemu pemilik nama Farah. Hatinya gusar. Dia memusing-musingkan pen di atas mejanya. Waktu kerjanya hanya tinggal 1 jam 30 minit. Mujurlah tempat dia bekerja tidak jauh dari tempat yang dijanjikan.' Farah, hatiku telah menjadi milikmu sejak sekian lama. Apa kau juga mempunyai perasaan yang sama? Aku takut. Andai pertemuan kita nanti adalah pertemuan kita yang terakhir. Aku nekad, aku akan mengikat kasih kita. '
" Hoii!! Kau kenapa? Semacam jer aku tengok? "
" Eh kau Syauki! Terperanjat aku! Tak tahu nak ketuk pintu ke? Huh!! "
" Relaks lah beb. Aku ketuk pintu macam nak pecah kau yang tak dengar. Aku redah je lah. Sorry Beb. Kau kenapa? Semacam jer aku tengok. Kau ade masalah ke? Atau kau teringat buah hati 'maya' kau tu? sudah-sudah lar tu Riz. Aku pun naik risau tengok keadaan kau." Ujar Syauki, teman baiknya dari UiTM dulu.
" Kau tak faham Ki. Aku selama ni macam dah bergantung semangat kat dia. Aku dengan dia satu sekolah dulu. Tapi aku masih tak dapat tahu siapa Farah." Rizky sedikit kesal kerana tidak menyiasat siapakah Farah yang sebenarnya. Dan dia juga tidak menyangka hubungannya dengan 'Farah' akan berpanjangan sehingga ke hari ini.
" Kau fikir lah mana yang baik untuk diri kau Riz. Aku tak tahu nak tolong kau macam mana dah. Aku nak kenalkan kau dengan Nurul dulu kau tolak mentah-mentah. "
" Hmmm.. Aku dapat rasakan dia adalah jodoh aku Ki. Petang ni aku akan jumpa dengan Farah. Kau doakan aku eah, agar semua berjalan lancar. "
" Eh ye ke? Baguslah kalau begitu. Aku doakan yang terbaik untuk kau. Good luck Riz. Aku keluar dulu beb. Ada kerja tak selesai lagi. "
Rizky hanya mengangguk. Mujurlah keluarganya tidak memaksa supaya dia cepat-cepat berkahwin. Kalau tidak maunya kena kawin paksa. Hehe.. Dia tersenyum sendiri mengenangkan tindakkannya yang agak gila pada pandangan orang lain. Menunggu pada orang yang tidak pernah bertentang muka.
" Eh Nina, awal kau nak balik hari ni? Ada hal ke? Gelabah semacam jer aku tengok. Kenapa? "
" Linda.. Aku ada hal sikit. Aku balik dulu lah k. Bye. "
Nina tenang memandu. Hatinya berdebar-debar.' Apakah pandangan dia terhadap tindakkan aku kepadanya selama ini? Adakah dia akan marah-marah pada aku? Arghh.. Pedulikan. Aku mesti kotakan janji aku padanya. Tapi kenapa aku harus setia padanya? Bukan tiada orang yang ingin menjadikan aku isteri mereka. Tapi aku merasakan jodoh aku belum sampai. Keluargaku sudah bising-bising setiap kali aku menelefon mereka bertanyakan khabar. Bilakah aku akan menamatkan zaman bujang. Maklumlah, usiaku sudah memasuki 25 tahun. Umur yang baik untuk mendirikan rumah tangga. Jawapan 'standard'ku, alahh.. Masih belum sampai jodoh. Aku akui, aku sayangkan dia. Dan dari balasan email-emailnya, seperti dia juga mengharapkan aku. Entahlah, aku kadang-kadang keliru dengan keadaan diriku. Ya Rabb.. Andai benar dia jodohku, kau permudahkanlah. Andai dia bukan yang terbaik untukku, kau jauhkanlah. Aku percaya Engkau maha mengetahui segalanya.'
Nina melihat sekilas jam dipegelangan tangannya. Dia sampai awal 15 minit. Makin berdebar hatinya. ' Sabar Nina. Sabar. '
Rizky menunggu di pondok yang di sediakan untuk pengunjung. Hari masih awal memandangkan waktu pejabat baru berakhir. Rizky resah. Semakin lama menunggu, dia makin tidak senang duduk.
" Rizky Imran?" Serta merta dia berpaling.
" Nina? Apa awak buat kat sini??"
****
" Aku terima Nikahnya Nurinna Farhah Binti Hazim dengan mas kahwinnya........"
Nina sebak. Dia sudah sah menjadi isteri kepada Rizky Imran Bin Muhd Kamal. Lelaki yang menjalin hubungan 'maya' dengannya selama 8 tahun. Tidak menyangka, pertemuan pertama selepas 8 tahun membawanya ke jinjang pelamin. Segalanya berjalan dengan pantas. Mungkin ini adalah jodohnya dan jalan mereka dipermudahkan oleh Rabb tanpa sebarang kesulitan yang terlalu rumit.
Selesai menunaikan solat Isyak buat pertama kalinya bersama insan yang bergelar suami, Nina kini terasa ketenangan yang tidak pernah dirsakan. Lama dia bertafakur ditikar sejadah. Memohon agar Dia memanjangkan jodoh mereka hingga ke syurga. Dia terlalu bersyukur atas kurniaan ini. Dan Nina berharap agar kebahagiaan mereka disertai dengan restu Allah.
' Ya Allah Ya Tuhanku, kini aku telah menggalas satu tanggungjawab yang amat berat sebagai seorang lelaki. Aku telah diangkat martabat menjadi ketua keluarga untuk aku membimbing isteri dan bakal anak-anakku nanti. Kau kuatkanlah imanku Ya Allah supaya tugas dan amanah yang Kau beri kepadaku ini dapat ku jalani dengan tabah dan tanpa tergelincir dari jalanMu....."
" Amin." Mereka serentak mengaminkan doa. Nina menyalami tangan Rizky dan mengucupnya dengan penuh kasih sayang. Dia nekad, selepas sah hubungan mereka, hanya Rizky di hatinya.
" Abang, terima kasih atas kesabaran abang selama 8 tahun ini. Terima kasih juga sebab terima Nina sebagai isteri abang yang sah. Nina bersyukur dengan semua ini bang. Nina akan berusaha menjaga hati abang dan menjadi isteri yang solehah buat abang...."
" Dan Ibu yang terbaik untuk bakal anak-anak kita nanti.." Belum sempat Nina menghabiskan ayatnya, Rizky terus menambah.
" Kenapa muka isteri abang merah? Hehe.. malu eah? Tak betul ke apa yang abang cakap? Betul lah kan. Kesiannya isteri abang ni. Merah dah muka. Sayang, abang ada request ni. Harap sayang terima dengan hati yang terbuka ye? "
" Apa dia bang? Cakaplah."
" Ermmm... Jom couple nak? Abang tak pernah couple lagi selama ni taw. Hehe.. Sayang sudi tak terima abang? " Rizky menutup lampu tidur.
" Abang ni kan. Buat suspen je lah. Alaa... Dulu abang pernah couple dengan Laila, Addawiyya bla bla bla.. Tu bukan couple ke bang? Hehe.."
" Isteri abang cemburu ke? Alaa.. Tu cinta monyet. Abang bukan nak sangat kat diaorang. Diaorang yang minat kat abang. Tak kan abang nak tolak. Hehehe..."
" Hah! Perangai lama tak habis lagi ke? Nak kena ni. "
" Jom kite tengok, sapa yang kena. Eh, sebelum tu, sayang terima abang sebagai pakwe sayang tak ni?"
" Ermm.. Terima." Dalam kesamaran Nina tersenyum. Rizky menarik Nina dalam dakapan.
" Bismillah............"
p/s : ini adalah percubaan saya yang pertama.
Andai terdapat kekurangan maaflah.
Komen dan kritikkan daripada anda amatlah dialu-alukan.
Terima kasih sebab sudi membaca karya saya yang serba kekurangan ini. :)